Nuffnang Gadget

August 9, 2012

Selera Kampung dan Resepi Gulai Puyuh Salai ...

tak ingat puasa keberapa... yang penting time tu dah nak berbuka cepat-cepat ambik kamera... klik klik pastu simpan... kena ambik gambar sebelum makan, sebab bila lepas makan confirm dah puyuh dah hilang hehe ...

-- ni memang betul-betul selera kampung ... gulai puyuh salai, rebus jantung pisang cicah sambal belacan ... memang ohsemmmm --

Masa di entry Segmen Menu Wajib Time Puasa, Alycia kata menu wajib Alycia adalah Gulai Puyuh Salai Ala Pilah ... so, kat sini Alycia sharekan resepi ni... bukanlah versi pilah betul-betul pun, tapi masak pekat-pekat macam ala-ala orang pilah masak ...

Gulai Puyuh Salai Ala Pilah


Bahan-bahan :

3 ekor puyuh salai (potong kecik, suka hati nak belah 2 bole, boleh 4 boleh)
1/2 kg santan pekat
1 ikat pucuk pegaga
10 biji cili padi akmpung (kalau nak pedas tambah lagi) **
1/2 inci kunyit hidup **
1 biji bawang kecil **
2 batang serai (titikkan)

** tumbuk halus

Cara Memasak :

1. Masukkan puyuh yang telah dipotong dalam kuali. Kecutkan sekejap bersama bahan yang telah ditumbuk dan serai.
2. Bila air puyuh tu dah kering, baru masukkan santan pekat. Tambahlah garam secukup rasa.
3. Masak sampai santan pekat dan likat. Kemudian masukkan daun pegaga.
4. Bila daun pegaga dah layu, terus angkat dan hidangkan.

(Senang macam masak gulai biasa, cuma kali ni masak dalam kuali. Tu yang kuah boleh jadi pekat dan likat macam ala-ala nak buat rendang)

okay, selamat mencuba u oalsssss ;)


6 yang komen:

:: Mrs.Eady :: said...

nyummm nyumm...

syawalsimpsons said...

adoi terliur la pulok tengok ni..

Adlin✿Kyra♥Kyreen Moms✿ said...

complete siap sambal belacan tu ..perghhh mmg terangkat !

Nana said...

perghhhh
puyuh peberet

Syima ~Mama Kyra~ said...

terliur tgk puyuh msk lomak..
pssttt raya nt jadi hidangan di pg raya tak..sedap cicah dgn lemang..hehe
lupa la nak msk contest tuh..dah tutup ke coz I bukak link tu takde dah..huhu

Alin Marlini said...

kalau masakan kampung mmg berselera betul makan

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com