Nuffnang Gadget

October 5, 2012

Guang Zhou : Hari Ke-3 Ke Shenzen ...

 ok harini nak sambung Travelog Alycia ke Guang Zhou...
kena habiskan cepat-cepat sebab bulan depan ada lagi edisi cuti-cuti Malaysia...
nanti bersepah-sepah piccas sampai juling biji mata nak pilih...

hari ke-3, tema adalah ORANGE...

memang smua bersilau-silau melawan cahaya matahari gitew hehe...

hari ke-3 daam buku program adalah melawat bandar Shenzen ...

Shenzen adalah bandar ke-4 terbesar di negara China. Pertama adalah Beijing, dikuti Guangzhou, Shang Hai dan Shen Zen. Perjalanan dari bandar Guangzhou ke Shenzen dengan menaiki bas adalah selama 2 jam. So, dalam bas menghabiskan masa beristirehat sambil melayan pemandangan sekeliling... 

-- di sini adalah laluan pintu masuk ke bandar Shenzen --

'
-- sambil-sambil menunggu orang ke toilet, sempat melayan posing kat sini hehe --

Destinasi pertama kami adalah ke kilang barangan batu permata atau jed...
memang kami betul-betul pergi ke kilang membuat jed ...
kat dalam kilang ni tak boleh nak ambil gambar...
so, takdelah sangat gambar yang boleh di share dengan korang...

kat sini kami di beri penerangan macam mana nak mengenali batu jed yang original...
sebenarnya nak tau kualiti jed bukan dari warna jed, tapi dari bunyi jed...

-- di pintu masuk kilang jed ... harini bersut oren, dengan beg pun oren... beg tu dibeli kat kedai souvenir store atau One Link semalam --

-- tak dapat posing kat dalam, di luar dengan patung gajah pun jadilah --

-- posing ramai-ramai lagi --

-- inilah cincin emas putih batu jed yang Alycia beli... harga?? masih murah lagi compare di Malaysia... sebagai kenang-kenangan kan --

hampir 1 jam kat sini, terus kami di bawa ke tempat makan tengahari...
tak sedar waktu dah tengah hari masa sampai kat sini ...

lepas tu, kami terus di bawa ke Luohu Mall, salah satu pusat membeli-belah di Shenzen...
bila pergi dengan group macam ni, diaorang memang minat shoping...
so, kena layanlah shoping jugak ...

-- bangunan tinggi-tinggi di bandar Shenzen --

-- posing ramai-ramai... nampak tak bangunan senibina China kat belakang tu... cantikkan --

Luohu Mall ni lebih kurang macam kita shoping di KL...
harga barang pun lebih mahal kalau nak compare dengan di Guangzhou...
kebetulan masa ni memang musim cuti sekolah, so memang ramai sangat orang...
dan lagi 1, barangan yang dijual di sini adalah mengikut musim...
so, maknanya baju tu kalau musim panas untuk musim panas ajer...
nanti musim lain dah tak jumpa dah...

Dan pesan tourist guide kami, kalau nak beli memang kena pandai tawar-menawar..
kalau boleh tawar separuh dari harga yang display...
dan lagi 1 di sini, kena jaga-jaga handbeg masing-masing...
sebab memang banyak kes penyeluk saku ...

-- sebenarnya banguan senibina China tu adalah bangunan KFC  --

-- sempat lagi posing dalam bangunan KFC masa singgah ke toilet --

-- keadaan di Louhu Mall yang penuh sesak dengan orang shoping --

cuma banyak lagi tempat menarik di Shenzen kalau next time korang nak pergi...
cuma disebabkan masa kami limited, so kami diberi pilihan sama ada nak jalan atau shoping...
so, majoriti yang pilih shoping...

Antaranya tempat yang menarik adalah Window of The World...sebuah taman tema yang menempatkan hampir 130 buah replika monumen terkenal seluruh dunia..seperti Taj Mahal, Eiffel Tower, Pyramid, Stonehenge, Parliament House UK, London Tower Bridge..dan banyak lagi....

Ada Happy Valley iaitu sebuah taman tema dan ada Splendid China...macam kira Mini China la...sebuah taman miniatur yang menempatkan tempat-tempat menarik China,antaranya Great Wall of China, Forbidden City, Temple of Heaven, Three Gorges Dam, Potala Palace dan The Terracotta Army...
(sumber : SINI)

Insya Allah, Alycia akan repeat lagi ke Shenzen ni suatu hari...

ok, lepas ni sambung kisah hari ke-4 pulak....
dah nak balik dah huhu...


6 yang komen:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salam alycia...Bestnya la.Agak2 dapat ke k.atie melancung ke sana...Cantik2 tptnya:)

SURIA AMANDA said...

arh...jeles..siap pi shenzen.....mak oi sehati sejiwa memasing pakai kaler oren..

eB said...

alamk canteknyer cincin tuh. nak nak jugak. hu3

KhaiZa said...

seronoknya dapat bercuti-cuti...

Alin Marlini said...

semuanya olen kaler..hehe

MrS. F!zA said...

cntik ar cncin emas batu jed tu..

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com