Nuffnang Gadget

October 10, 2012

Marilah Kita Bantu Adik Adam ...


Sebenarnya Alycia terpanggil buat entry ni sebab ini kali ke-2 Alycia mengikuti kisah Adik Adam di rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3... 
memang sambil-sambil bersiap tu sempat tengok MHI ... 
dulu MHI memaparkan kisah adik Adam yang mengalami masalah kerosakan pada saraf atau lebih dikenali sebagai BRAIN DAMAGED Severe HIE (Hypoxic Ischemic Encephalopathy)... masa tengok tu memang sebak sangat tengok... tak sanggup nak lihat anak kecil macam tu yang mengalami penderitaan yang teruk... lagi-lagi bila kita dah jadi ibu, dah ada anak... terasa seolah-olah tu anak kita.. lagi-lagi namanya sama macam nama Adam...

harini pulak MHI menerumah ibu kepada adik Adam iaitu Puan Noraishah yang datang ke Kuala Lumpur untuk mencari alternatif bagi mengubati penyakit adik Adam... dan yang buat Alycia lagi sebak bila mengetahui yang Adik Adam dimasukkan ke ICU ... sebab mengalami masalah kesihatan yang teruk... ketika pihak MHI menelefon mak saudara yang menjaganya, beliau memaklumkan yang adik Adam merengek sepanjang malam... mungkin sebab ibunya tiada di sisi untuk menemaninya... masa tu Alycia memang tak tahan terus menangis... bila Puan Aisyah sendiri mengkabarkan tentang kesihatan adik Adam... mesti sedih hati ibu yang berada di sini... 

Alycia teringat kata-kata ibu Adam masa episod yang lepas ... 

"saya akan menjaga Adam.andaikata umur Adam tidak panjang, saya redha dan jika Allah nak ambil nyawa dia pun saya bangga kerana menjaga anak ahli syurga...."

Ya Allah, tabahnya ibu Adam...

tak sanggup Alycia nak tulis lagi ...

so, marilah kita sama-sama membantu... walaupun sedikit, sekurang-kurangnya meringankan beban mereka ...

Nama : NORAISHAH MOHD MALENA
MBB - 161136331818
CIMB - 02040007292201



8 yang komen:

Nad @ MamaZN said...

Moga Allah kurangkan penderitaan adam dan famili nye...ya Allah,.sedih..

DAIRI FARISHA said...

mari kita bersama2 menderma bagi mengurangkan beban anak kecil ini

:: Mrs.Eady :: said...

marilah kita..

Nana said...

sedih gile
2x tgk kt mhi
xtahan air mata ni

kakngah said...

tak dpt tgk kt mhi pg td sbb mmg kuar g kerja awal.. tgk kt u tube je..
:(

ahmad fares said...

Video adik Adam di Youtube : https://www.youtube.com/watch?v=sVM1lY-Ie4M

ahmad fares said...

FB page baru adik Adam ialah http://www.facebook.com/pages/Ahmad-ADAM-SYUKRI-SN/189674197835694?fref=ts

Alin Marlini said...

kak Alin tak berani nak tgk...kesian

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com