Nuffnang Gadget

October 17, 2012

Sabah : Menyelusuri Hutan Paya Bakau ...

Hari ke-3 di Kota Kinabalu Sabah...
Kursus Alycia di sini start petang ni..
so pagi ni ada masa lagi untuk jalan-jalan sebelum kena berkursus huhu...

malam tu kami tengok pamplet yang ambik kat hotel...
mana-mana tempat yang best nak pergi...
dan akhirnya kami pilih Kampung Bajau Tour - Crocodile Farm ...

pakej ni setengah hari ajer...
hari Alycia tak ingat sebab bila carik-carik pamplet ni dah tak jumpa...
so sory ualssss.. tapi korang bole google kalau nak carik nanti...

pukul 8.30 pagi kami kena tunggu kat lobi hotel, lepas tu ada van travel agent yang akan datang ambil...

kami di bawa ke Kampuang Kepayang, Tuaran, Sabah...
dari bandar KK ke Tuaran lebih kurang 1/2 jam perjalanan...
dari sini nanti kami akan menaiki sampan untuk di bawa jalan-jalan merasai pengalaman di hutan paya bakau, seterusnya melihat perkampungan masyarakat Bajau di tepi sungai...

bila sampai ajer kat tepi sungai, en Ajip dah melompat suka...
sebab tempat ni rare dengan jeti yang usang, kerbau berkubang, bot-bot nelayan di tepi sungai...
en Ajip kan suka street photo... suka di suka capture foto-foto yang macam ni...

-- Adam posing di jeti ... jeti ni memang nampak rare kan --

-- mama pulak nak posing --

-- pondok di tepi sungai ni pun nampak rare --

-- di jeti sebelum naik bot --

aktiviti utama masyarakat di sini ialah menangkap ikan dan ketam...


besar sungguh sungai ni...

ce korang tengok...

-- ha, luas kan... macam lautan... tapi sebenarnya dalam ati Alycia cemas bila dah sampai tengah sungai ni... sebab terbayang-bayang buaya huhu ... tapi kat Sabah takde buaya kan kan --

-- muka cover cun, tapi dalam ati sebenarnya cuak, cemas ... oh pengalaman yang tidak dapat dilupakan --

-- kami juga di bawa menyelusuri celah-celah hutan bakau ni ... sunyi giler tempat ni... acik takuttt huhu --

kami diberi penerangan macam mana pokok bakau tumbuh... sebenarnya pokok bakau tumbuh dari buahnya yang gugur ke dalam air, kemudian akan mengeluarkan akan yang akan tercucuk ke dalam tanah ...

-- ni rupa buah bakau tu... picca ihsan google --

ok, lepas ni Alycia cerita tentang kubur masyarakat Bajau ...
dan pemandangan di kampung Bajau ...

Notakaki Alycia : entry cemas-cemas camni kena buat sikit-skit, baru thrill hehe...


5 yang komen:

syawalsimpsons said...

mmg nampak sunyi tu..dapat bayang cemasnyer..

SURIA AMANDA said...

bestnya menyelusuri sungai mcm ni....

cHeRyNa PiReS said...

ya Allah..cantiknya....tak nampak cemas...nampak tenang habis. Bestnye. Tapi kalau pergi sorang...nangis agaknya:P

Lynn Hamzah said...

memang cantik tempat nie...tapi macam ngeri jer nak gie naik bot tu...huhuhu...

mekchu said...

takut.. tp pengalaman mcm ni bukan senang nak dpt..

kalo aku kan, manjang pandang belakang aje... kikiki

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com