Nuffnang Gadget

October 17, 2012

Sabah : Perkampungan Masyarakat Bajau ...

selepas entry cemas dan kecut dalam hati tu...
terus bot kami meniggalkan hutan paya bakau tu... syukur...

dan dari jauh dah nampak sayup-sayup rumah-rumah yang di bina di tepi sungai...
itulah perkampungan masyarakat Bajau di Tuaran, Sabah...

memang rumah yang dibina tu di atas air...
diperbuat daripada kayu, dan banyak antara rumah tu macam dah lama...
mungkin sebab dah lama didirikan kat sana...
dan kegiatan utama mereka adalah menangkap ikan...
dan kenderaan utama mereka adalah sampan...

-- inilah perkampungan masyarakat Bajau --

-- dari jarak yang lebih dekat --

-- sampan yang menjadi pengangkutan utama mereka --

-- yang wanita pun tegar dah mendayung sampan... mungkin sebab mereka telah dilatih dari kecik lagi --

kami tidaklah di bawa singgah di setiap rumah tu...
cuma merasai pengalaman melihat cara kehidupan mereka...
dan berita BAIK buat masyarakat kampung ni, di sebelah darat kawasan perkampungan mereka ni dah dibina rumah di atas tanah... mungkin kerajaan nampak tak selamat mereka terus tinggal di rumah yang asal ni... mungkin faktor cuaca jugakkan... mana tau ribut petir, hujan lebat, banjir...

Alhamdulilah, kehidupan yang lebih selesa lepas ni...
Janji Ditepati (haha, tetiba... macam nak berkempen pulak)....

selepas tu, terus kami pulang ke jeti...

oh terlupa, semasa kami nak balik ke jeti, pemandu pelancong yang membawa kami sempat menceritakan tentang kubur masyarakat bajau ni adalah di kawasan bakau yang terletak di atas bukit...

dan di tepi-tepi pokok bakau tu akan digantung dengan kain kuning....
kepercayaan mereka semoga roh si mati tenang di sana...

-- tu kain-kain kuning yang digantung pada pokok bakau --


Subhanallah... 
indahnya ciptaan Yang Maha Esa...

kenangan yang tidak dapat dilupakan dengan merasai pengalaman menyelusuri sungai di Sabah...
melihat sendiri kehidupan masyarakat kampung di sana...
cemas tapi bestttt ;)

berjumpa lagi lepas ni dengan kisah Crocodile Hunter pulak hehe...


2 yang komen:

SURIA AMANDA said...

kagum tgok wanita gigih kaum bajau...

cHeRyNa PiReS said...

Terima kasih. Suka sangat travelog nieh. Banyak sangat belajar. Lagi2 la pasal kain kuning semua tu.

Dan scenes dia..masyaAllah...bestnya:)

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com