Nuffnang Gadget

November 30, 2012

Resepi Rendang Ayam Daun Puding ...

bila post entry pasal Rendang Ayam Daun Puding ni, ramai yang tanya daun puding boleh makan ke....

sebenarnya ni daun puding hitam... yang boleh di makan...
biasanya kalau di Negeri Sembilan, orang masak daun puding ni buat rendang...
campur dengan ayam ke, daging ke...

-- nilah pokok puding hitam tu... kat rumah Alycia pun takde pokok puding ni... kalau balik Kuala Pilah, baru berlambak pokok puding (sumber Google) --


-- ni daun puding yang telah di petik dan sedia untuk di masak... just koyakkan kecik-kecik daun tu (sumber : Google) --

ok, ni rendang ayam yang telah di masak dengan daun puding....


Resepi Rendang Ayam Daun Puding

(kuantiti : 2 - 3 orang makan)

1/2 ekor daging
**15 biji cili api (kalau nak pedas boleh tambah lagi)
** 1/2 inci kunyit hidup
3 batang serai (titikkan)
seulas bawang kecik
1/2 kg santan pekat
1 sudu makan kerisik
secekak daun puding (koyak kecik-kecik, basuh dan toskan)
garam secukup rasa


** bahan bertanda tumbuk hingga lumat

Cara masak :
1. Ayam yang telah dipotong kecik kemudian dibasuh dan dimasukkan ke dalam kuali
2. Bahan yang telah di tumbuk digaul bersama ayam, dan buka api perlahan supaya ayam kecut bersama bahan tumbuk tadi.
3. Bila ayam dah kecut masukkan santan pekat.
4. Kemudian masukkan serbuk perasa.
5. Biar kuah hampir pekat barulah masukkan kerisik dan juga daun puding
6. Bila dah kering, boleh angkat dan sedia dihidangkan.

Selamat mencuba yer...
Mana tau boleh jadi menu hujung minggu ni kan...

so terjawab pertanyaan yang bertanyakan pasal daun puding tu ;)

3 yang komen:

SURIA AMANDA said...

Alicia masak letak bawang eh..SA x letak bawang,cili api + kunyit tumbuk..

Azhafizah Md Nor said...

first time dengar nama daun puding hitam n tahu daun tu boleh makan..kalau ade jodoh jadi orang pilah nanti leh la jumpa daun ni kan..untung untung leh merasa sekali..hehe

Cikbintang said...

sis..jemput jom join GA..
http://laylaluckystars.blogspot.com/2012/12/giveaway-disember-2012-like.html

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com