Nuffnang Gadget

November 5, 2012

Sabah : Melawat Sang Buaya...

Assalamualaikum...
salam Isnin... salam bekerja... harap-harap semua tak Monday Blues harini hehe...

Maaf kelewatan harini publish entry...
so, hari Isnin ni nak mulakan dengan entry Sabah yang tak sudah-sudah...
kena khatamkan jugak sebab next week dah nak cuti-cuti Malaysia lagi...

kalau korang yang tertinggal cerita Sabah tu, boleh reverse kat edisi Cuti-cuti Sabah diTravelog Alycia...
belah kanan blog ahkak ni... jumpa tak ;)


ok, lepas habis kisah menaiki bot melihat perkampungan masyarakat Bajau, kami ke destinasi ke-2 pulak iaitu Taman Buaya Tuaran....


Taman Buaya Tuaran merupakan pusat pemeliharaan buaya yang terbesar di Sabah. Menempatkan lebih 1000 ekor buaya dan merupakan pusat pembiakan buaya untuk pemasaran secara komersil kulit buaya dan juga daging buaya. Nak tau lebih lanjut boleh tengok di SINI ...

Harga Tiket : RM 10 (Dewasa) dan RM 5.00 (Kanak-kanak)

Selain aktiviti melihat buaya, di sini juga ada persembahan buaya dan persembahan kebudayaan...

Opens Daily : 8.30am to 5.30pm
Tel : +6088 793376
Crocodile Show Time :
Mon to Sat (11.30am – 3.30pm)
Sun and Public Holidays (11.30am, 1.30pm and 3.30pm)

Jom kita jalan-jalan melihat buaya, lepas tu kita melihat crocodile show dan seterusnya culture show...

-- sebelum di bawa ke tempat penternakan buaya, boleh posing dulu dengan replika buaya ni... sebenarnya ni buaya betul yer yang telah diawetkan... tengok betapa besarnya buaya ni... Adam takmo duduk kat buaya, dia takut --

-- ni kat sangkar buaya... setiap buaya ada nama masing-masing --

-- antara buaya yang diternak --

-- persembahan buaya pulak... ni pertunjukan dukung buaya ... ni baru anak buaya, belum bapak buaya lagi --

-- ha ni baru bapak buaya... tengok gigi pun dah kecut kan --

-- memang tabik spring kat wanita ni... berani bermain dengan buaya --

-- hohoho... berani nya kau dik siap tido-tido atas buaya --

dan dalam banyak-banyak persembahan, ni lah persembahan terakhir...
persembahan ni dilakukan oleh Ketua Penjaga Buaya kat sini...


sekejap jer persembahan buaya ni... setengah jam..

setengah jam lepas persembahan buaya, kami di bawa ke rumah panjang Murut untuk melihat persembahan kebudayaan pulak...

-- posing dulu di depan rumah panjang --

-- sambil tunggu persembahan start, kami makan-makan dulu... time ni hanya kami bertiga ajer pelancong yang datang kat sini... tak payah nak bersesak-sesak... yelah, time ni hari Jumaat, bukan time cuti --


ni tarian pertama Tarian Sumazau bagi masyarakat Kadazan Dusun ...


ni tarian kedua Tarian Magunatik iaitu tarian masyarakat Murut kalau tak silap... kalau orang Sabah terbaca entry ni, kalau silap Alycia minta tolong betulkan yer... selalu tengok tarian buluh macam ni kat tv jer, ni baru dapat tengok betul-betul... amazinggg !!

dan kami diberi kesempatan untuk mencuba tarian ni...
disebabkan Adam takmo duduk bawah, dia nak dukung jer, so en Ajip lah jadi wakil kami haha...

-- wah, ohsemmm... papa menari tarian buluh la hehe --

lastly, selepas habis persembahan dapat posing ramai-ramai with all the dancers ..


selepas persembahan, kami di bawa ke rumah buluh pulak...
melihat bagaimana senibina rumah buluh dan merasai pengalaman berada di rumah buluh...

-- rarekan titi kat rumah buluh ni... dah namanya pun buluh... nasib Adam takmo dukung time ni --

dan lastly, picca kami sefamily...
walaupun percutian kami ke Sabah kali ni singkat sebab kebetulan Alycia ada kursus kat sini, tapi kami cukup puas... sebab kali ni lebih adventure ...


ok, lepas ni Alycia nak tunjuk pulak pasal kami makan puding kelapa...

lepas tu terus kami balik ke hotel...
Alycia kemas-kemas baju dah nak pergi kursus (hotel kursus dan hotel menginap tak sama)...
Adam dan papa pulak still meghabiskan cuti berdua...
Boys out day kata en Ajip hehe..


4 yang komen:

SURIA AMANDA said...

sabah...pi karambunai tak?

Norakmal Zulkiplee said...

Dapatkan Domain percuma(.com/.net/.org/.info) untuk blog anda.. Pertandingan ini ditaja oleh Estisys Technology

http://estisys.com.my/blog/free-domain-for-bloggers/

nini said...

wah...puding kelapa sedap.....hehe

Anonymous said...

Bukan Tarian Magunatik ...
Yg betul Tarian Magunatip

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com