Nuffnang Gadget

December 28, 2012

Langkawi : Our Journey Begin ...

sehari selepas Percutian ke Melaka bersama family mertua,
kami bertolak ke Langkawi pulak... memang cuti sakan...
Almaklumlah ada public holiday Deepavali dan Awal Muharam...
so, just tambah 3 hari ajer cuti, dapat pergi holiday seminggu hehe...

kami bertolak malam Rabu ... konvoi 3 kereta... bertolak dalam pukul 8.30 malam dari Nilai... nasiblah malam tu tak hujan... yelah, sekarang kan musim hujan... risau jugak sebenarnya nak jalan jauh-jauh ni... lagi-lagi bawak 3 budak kecik ...

Alhamdulilah, selamat sampai di Kuala Perlis tu dalam pukul 5.00 pagi...
tido sekejap kat rumah sewa adik Alycia (sebab adik study kat Perlis)...

then dalam pukul 8.00 pagi dah sampai di jeti Kuala Perlis...
bajet nak ambik feri awal, tiket pagi-pagi...
sekali tengok kat jeti punyalah ramai orang...
maybe orang pakat ramai-ramai ke Langkawi sempena public holiday dan cuti sekolah kan...

last-last dapat tiket pukul 10.30 pagi...
hmmmm, nak buat macam mana... 
terpaksalah tunggu di jeti dengan orang ramai + panas kat dalam tu...
nasiblah budak 3 orang tu behave huhu...

-- sedang menuggu feri kat jeti Kuala Perlis --

-- yeyyyyy, dah naik feri ... hepy Adam dengan Kak Bismi --

kami sampai di Jeti langkawi dalam pukul 11.45 pagi macam tu...

ingatkan kereta sewa dah ready kat jeti sebab dah confirm sehari sebelum tu (dah booking awal-awal)... sekali dia kata pukul 1.00 ptg baru kereta sewa ada... huhu, kena tunggu lagi kat jeti... memang dugaan sungguh... dah lah kat Langkawi panas sangat-sangat...

-- muka cool sampai di jeti Langkawi... tapi sebenarnya dah panas time ni... nasib ada troli besar boleh angkut beg dan budak-budak sekali hehe --

-- okay, posing lagi... dari kiri tu Mama Alycia, pastu sebelah tu adik, pastu yang kanan tu makcik --

selesai urusan kereta kat jeti, pastu terus ke homestay yang kami dah booking awal (urusan homestay dan kereta sewa adik Alycia yang uruskan)... 
so, details nanti Alycia bagi tau contact no okay...

sampai homestay... rehat-rehat dulu... isi perut dulu...
petang nanti baru start dengan aktiviti yang pertama....
aktiviti idaman kaum-kaum pompuan hehe...

tungguuuuuuuu ;)

5 yang komen:

syawalsimpsons said...

lama tak G langkawi ni

Nad @ MamaZN said...

Shopping aktiviti pertama? Best!

dya bunga said...

lama xg langkawi..

TechKini.com said...

selamat bercuti.. jangan lupa amik gambar banyak2 post kat sini :)

Tech Kini

Azhafizah Md Nor said...

bercuti di langkawi memang best sangat tapi tu lah cuaca panas kan..(:

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com