Nuffnang Gadget

December 28, 2012

Percutian Melaka : Asam Pedassss...

okay, ni entry last kisah percutian singkat ke Melaka...
percutian 2 hari tetapi meninggalkan moment yang indah bersama family...

lepas jalan-jalan mengililingi Bandar Melaka (naik Menara Taming Sari kan boleh nampak seluruh bandar Melaka)... terus ke destinasi seterusnya... cuci-cuci mata di Mahkota Parade...

sekadar cuci-cuci mata jer...
tak cuci poket pun... lagipun budak-budak pun dah lapar...
so, destinasi seterusnya nak carik tempat makan...
memang dah plan sampai Melaka mesti nak pekena asam pedas Melaka...
nasib akak ipar ada member orang Melaka...
dia yang bagitau tempat makan Asam Pedas Melaka yang besttt...


ni dia... Asam Pedas Selera Kampung...
landmarknya bersebelah Pahlawan Walk...
restoran ni memang femes kat bandar Melaka sebab pernah keluar dalam rancangan Jalan-jalan Cari Makan dan Warung Kita...


masa kami sampai pun dah tengah hari...
so memang tengah ramai orang...
dan kami kena tunggu que nak tunggu meja kosong...

macam-macam masakan ada kat sini...
semuannya pun berasaskan kampung...
gulai daging salai ada, ikan bakar ada, ulam-ulaman ada...
semua ada...

dan ini yang kami tunggu-tunggu....
;
;
;

-- Asam Pedas Kepala Ikan Jenahak.... ha ambik kau... sekuali atas meja --

so, kalau kawan-kawan yang ke Melaka, memang Alycia rekomen boleh lah singgah kat sini...
best sangat-sangat asam pedas tu...

-- ni abang ipar berposing dengan anak-anak buah --

ok, ni entry last di Melaka...
lepas ni Alycia nak sambung dengan entry cuti-cuti ke Langkawi pulak...

lepas makan ni, semua pun berangkat balik ke rumah masing-masing...

percutian singkat tapi best bersama family mertua ;)

ok, kalau korang nak carik tempat Restoran Asam Pedas Selera Kampung ni, boleh rujuk alamat di bawah :
Restoran Asam Pedas Selera Kampung
G2, Jalan P.M.3 Plaza Mahkota Square
75000 Bandar Hilir Melaka
Melaka




5 yang komen:

:: Mrs.Eady :: said...

wahhhhhh...

Zura Lee said...

dlu masa gi melaka, zura makan asam pedas kt Hajah Mona yg femes gile tuh, tk sedap mana pong.. biasa2 jer... :=(

Adlin ✿ Queen Of 3 Princess ✿ said...

kita tgh survey2 melaka kat tenet ni raya cina mau pigi kekeke

AYuNG said...

Kena try nih! =)

Azhafizah Md Nor said...

mesti kaw punya asam pedas ni kan..sedap!

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com