Nuffnang Gadget

December 14, 2012

Percutian Melaka : Melaka River Cruise ...

Salam semua... sekejap jer dah nak hari Jumaat kan...
so bila hari Jumaat, entry santai-santai ajer...
sebab mood esok cuti, jadi entry pun cuti-cuti Malaysia jugak...

ok, sambung lagi tentang Percutian Melaka yang tak habis...
hari pertama jer dah berapa entry entah ...
yelah, nak kasi penerangan lengkapkan...
panduan untuk korang-korang yang akan pergi nanti...

ok, lepas makan ikan bakar, malam tu kami ke Bandaraya Melaka...
tujuan utama nak menaiki Melaka River Cruise...
orang kata kalau nak naik river cruise ni, better naik waktu malam...
sebab boleh menikmati panorama lampu yang kalerful kan...

" Melaka River Cruise merupakan perkhidmatan bot yang membawa pengunjung-pengunjung menyusuri Sungai Melaka daripada Taman Rempah Melaka hingga ke Muara Sungai Melaka dan kembali semula ke Taman Rempah. Bot ini akan melalui kawasan-kawasan Sungai Melaka yang indah dan menarik termasuklah kawasan Bandaraya Warisan Dunia yang menjadi tumpuan pelancong dari seluruh pelusuk dunia. Mengikut statistik lebih daripada setengah juta orang telah menaiki bot ini dalam masa setahun.

Pemandangan Sungai Melaka pada waktu malam pula sangat menarik di mana hampir sepanjang perjalanan, jalan-jalan di tepi Sungai Melaka dihiasi dengan keindahan lampu-lampu yang pelbagai jenis dan warna. Disamping bangunan-bangunan lama yang indah di sepanjang sungai, jambatan-jambatan indah yang merentasi sungai. Sungai Melaka adalah salah satu sungai yang terindah di dunia.

Datanglah melawat ke Negeri Melaka dan marilah menaiki bot Melaka River Cruise, di mana ianya akan menjadi pengalaman yang paling menarik yang tidak dapat dilupakan. Anda pasti teruja...." 

-- ni kauter tiket ... bayaran tiket Dewasa RM 10, kanak-kanak RM 5 --

-- disebabkan musim cuti sekolah, so kenalah beratur nak naik cruise... tapi beratur tak lama sebab perkhidmatan cruise tu cepat... tak sampai setengah jam pun --

-- ni Adam dah sibuk nak berdukung... dah penat lah tu... badan penat, perut kenyang --

-- Adam teruja sebenarnya nak naik cruise ni... tapi disebabkan dia dah penat, mood dia ke laut sikit --

-- muka-muka ceria naik cruise --

-- sepanjaang menyelusuri sungai Melaka ni, akan lalu di Kampung Morten.. cantik kampung ni... masih mengekalkan ciri-ciri tradisional --

-- picca terakhir, baru ada picca Tuan Blog hehe ... sebenarnya dah malas nak ambik gambar sebab muka dah merah huhu --

ok, lepas tu ingat nak jalan-jalan ke Jonker Walk...
tapi budak-budak macam dah penat dan ngantuk...
so, terus ajerlah balik ke chalet...
berehat dan esok sambung balik...

ke mana destinasi esoknya??
tungguuuuuuu...


5 yang komen:

syawalsimpsons said...

lama dah tak jalan2 melaka ni..

dya bunga said...

bestnya..lama xpergi melaka

SyaNa said...

cisss org beca tu ckp rm30
terus aku x naik..kalo tau rm10 naik la jugak
huwaaa rugi rugi

Adlin ✿ Mama Of 3K ✿ said...

best pegi ramai2 ada gak tukang layan adam hehehe

Azhafizah Md Nor said...

jalan jalan kat melaka memang seronok!

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com