Nuffnang Gadget

March 26, 2013

Resepi Kacang Phool ...


ehhh, ramai pulak yang tanye Alycia resepi Kacang Phool ni...
walaupun tak complete tanpa telur mata, tetap sedap kat tekak Alycia lah hehe...

alah, resepi pun google jer...
so, Alycia share resepi dari Chef Mat Gebu ni...

Bak kat Chef Mat Gebu, Kacang Phool ni sebenarnya adalah masakan Arab yang popular di Singapura dan Johore Bahru. Boleh dimakan bersama roti, roti canai @ roti prata. Complete setnya adalah disertakan dengan telur mata lembu, cincangan bawang besar, tomato, cili hijau dan merah, serta dituang sedikit minyak sapi cair. Perahkan jus limau kasturi sebelum dihidangkan

RESEPI KACANG PHOOL
Sumber : Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :
1 tin kacang "Phool", diramas kasar-kasar (Chef Mat guna bake beans, jadi tak payah ramas)
150 g daging cincang (Alycia guna ayam cincang sebab tak suka sangat daging)
1/3 cawan jus asam jawa
2 camca besar rempah kari daging + sedikit air, kacau rata (jenama Baba's)
1 camca besar cili kisar
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci halia* (*dikisar halus)
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN LAIN :
Telur, digoreng mata kerbau
Bawang besar, didadu
Tomato, didadu
Cili hijau, dipotong
Limau kasturi, dibelah dua
Sedikit minyak sapi, dicairkan

CARA MEMBUATNYA :

1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 kisar hingga wangi, masukkan cili kisar dan tumis hingga garing, masukkan rempah kari dan daging cincang, masak hingga daging kecut dan tambah air (anggaran 1 cawan).

2. Bila mendidih, masukkan jus asam jawa. Tambah sedikit garam dan gula. Kecilkan api dan renih hingga pekat. Tambah bake beans, dan masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api.

CARA PENYEDIAANNYA :- Cedok kacang phool ke dalam bekas, letak sekeping telur mata kerbau, tabur tomato, bawang dan cili hijau tadi. Tuang sedikit minyak sapi cair (mat ganti dengan minyak zaitun) dan perahkan jus limau kasturi sebelum dihidangkan bersama roti canai atau roti biasa....

(Gambar dari Google ~ Set kacang Phool yang complete)


7 yang komen:

syawalsimpsons said...

nak try la hujung minggu ni

MrS. F!zA said...

kacang phool tk pnh dgr..adeh jakun jgk ni..tgk mcm sedapppp

PinKy MoMMa said...

tak pernah rasa menu ni hehee..nampak mcm sedap :)

Dennis said...

??? Kacang phool? apa tu.

Adlin Mohamad said...

hahaha biasa nampak tp x pernah try ..sedap ke??

Nad MamaZN said...

Xpenah rase pun
Bleh try ni

:: Cik Viva :: said...

salam kenal =)
tak pernah try kacang pool ni..mesti sedap kan..

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com