Nuffnang Gadget

March 20, 2013

Rokok Elektronik Boleh Sebabkan Kanser ...

sekarang ni memang trend rokok elektronik kan... 
mana-mana pergi pun orang sibuk jer dengan rokok elektronik ni...
lepas ni peniaga rokok pun dah tak boleh carik makan sebab orang dah tak hisap rokok hehe...
en Ajip pun sama... sekarang sibuk dengan rokok elektronik dia...

semalam Alycia terbaca kat KOSMO pasal isu rokok elektronik yang boleh sebabkan kanser...
ishhhh, korang kena baca ni...
en Ajip pun kena baca ni...
mencegah lebih baik dari mengubati !!

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan tidak memperakui rokok elektronik sebagai alat bantuan berhenti rokok dan tidak menggalakkan orang ramai untuk menggunakannya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, keberkesanannya sebagai alat bantuan berhenti merokok masih belum disahkan serta keselamatan cecair nikotin rokok elektronik juga diragui.
Menurutnya, kementerian telah menjalankan analisis terhadap beberapa jenama cecair rokok e-elektronik yang dijual di pasaran dan mendapati kesemua cecair tersebut mengandungi nikotin iaitu bahan racun yang dikawal di bawah Akta Racun 1952.
“Cecair rokok tersebut dikesan mengandungi bahan-bahan kimia berbahaya seperti Diethylene glycol yang beracun dan Nitrosamine yang boleh menyebabkan kanser.
“Pengambilan nikotin yang berlebihan juga boleh menyebabkan keracunan manakala Pertubuhan Kesihatan Sedunia sebelum ini pernah memberi amaran bahawa kemasukan nikotin terus ke dalam paru-paru berkemungkinan boleh menyebabkan kesan keracunan dan ketagihan yang lebih memudaratkan,” katanya dalam satu kenyataan kepada Kosmo! di sini baru-baru ini.

ROKOK elektronik yang dianggap sebagai alat bantu berhenti merokok masih diragui kesahihannya. – Gambar hiasan




Artikel Penuh: SINI


4 yang komen:

Nad MamaZN said...

Jgn kata en ajip je, papazakwan pun sama jugak huhu

Syima ~Mama Kyra~ said...

Ye ke..mana2 jns rokok pun bahaya kan..huhuhu

Dennis said...

Meriah. Tengok macam i. Mengamalkan gaya hidup sihat. Jimat kos

zarena heeney said...

tetap sama kan

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com