Nuffnang Gadget

May 31, 2013

Galakan Berpuasa Sunat...

setiap hari kat ofis mesti terima emel daripada Unit Islam Hadhari kat opis Alycia...
dan setiap hari banyak perkongsian ilmu yang dikongsikan...

harini Alycia nak share untuk pembaca-pembaca blog pulak... 
imu yang baik dipanjang-panjangkan semoga bermanfaat untuk semua... Amin...


Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Dari Aisyah r.a : “Bersabda Rasulullah s.a.w kepadaku pada suatu hari: “Wahai Aisyah! Adakah di sisi kamu sesuatu pun (untuk dimakan )?” Aisyah berkata: “Wahai Rasulullah! Tidak ada sesuatu pun (untuk dimakan)” Baginda bersabda “(Jika begitu) maka aku berpuasa”. 
                                                                                           (Muslim)
Huraian:

1.   Latihan jiwa hasil daripada puasa akan menyebabkan manusia hampir kepada Allah dan lantaran ia dekat kepada Allah doanya mudah diperkenankan. Sebab itulah orang yang berpuasa digalakkan untuk banyak berdoa.

2.   Ibadat puasa bukan sahaja menggandakan pahala untuk orang yang taat melakukannya tetapi ia menambah kekuatan spiritual melalui sifat ikhlas.

3.   Amalan puasa adalah antara manusia dengan Allah SWT. Dengan ini puasa menanam sifat jujur dan ikhlas dalam diri sendiri dan kepada Allah.

4.   Di samping puasa wajib kita juga dianjurkan berjinak-jinak dengan puasa sunat lebih-lebih lagi puasa di bulan Rejab dan Syaaban yang banyak sekali kelebihannya di samping dapat membantu meningkatkan kekuatan dan persediaan dalaman sebelum tibanya puasa wajib di bulan Ramadhan.


2 yang komen:

zarena heeney said...

mmg bagus berpuasa nie kan
utk kesihatan sekali

syawalsimpsons said...

great info ni...

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com