Nuffnang Gadget

June 13, 2013

Bandung : Travelog Begin ...

ni semua atas permintaan ramai...
semua tak sabar nak tau tentang kisah percutian kami ke Bandung kan kan...

so, kenalah start Traveloge Alycia ke Bandung ni cepat-cepat hehe...

actually percutian ke Bandung ni tak dirancang...
memang lama dah berangan nak ke sana, tapi asyik tertangguh ajer...
lagipun ni 1st time nak bercuti 1 family ke oversea kata kau, perasaan takut tu lebih sikit sebab tak tau culture kat sana...

bila Sis Shikin (Mentor Alycia) dalam Bisnes ni kata dia nak ke Bandung dan ada sorang tourist guide yang pergi, so terus tanya en Ajip nak join ke tak...
dan en Ajip memang i follow jer...

makanya kami 3 family yang pergi + 2 orang pemandu pelancong..
ha ambik, siap ada pemandu pelancong sekali...
dan masa beli tiket tu memang tiket tak murah pun...
Alycia beli 3 orang pergi balik kena RM 1200++ dengan Air Asia...
takpelah, dah memang niat nak jalan-jalan, so redha jer...

-- Adam memang eksaited okeh bila tau mama dah beli tiket aeroplane... hari-hari dia tanya lagi berapa hari mama nak naik aeroplane --

flight ke Bandung pukul 6.35 petang 7 Jun 2013..
tapi delay, pukul 7.10 malam baru naik flight...
kali ke-2 naik flight malam (1st masa balik dari Alor Star bulan lepas) ...

sampai kat sana dalam pukul 9.10 malam (kat sana waktu 8.10 malam)...
waktu di bandung 1 jam lewat dari waktu Malaysia...
bila selesai urusan Imigresen dan bagasi, kami di sambut oleh pak supir yang dah tunggu kat airport...

lagi 1, kalau korang ke Bandung, masa dalam flight akan diberi 1 kad sorang satu...
wajib isi... 1 akan diberi masa sampai kepada pegawai Imigresen, 1 keratan lagi akan dipulangkan masa balik... jangan hilangkan tawww...

pak supir tu macam tau jer kami dah lapar...
terus bawak kami makan Nasi Padang...
alamak, memang time ni lupe nak ambik gambar...
dah lapar sangat...

dan seterusnya ke hotel...
pemandu pelancong kami dah tempah Harris Hotel untuk kami semua...

bila sampai kat Harris Hotel ni memang speechless sangat..
sebab decoration yang sangat cantik...
kaler tema = orange ...

-- wajib posing sampai kat hotel --

-- Adam posing kat lobi hotel --

-- ni posing dengan ahli rombongan... Sis Shikin tu sebelah Alycia dan kemeja biru tu my Super Mentor Sapiah Yusuf with anak-anak --

ok, jom kita jenguk bilik hotel pulak ...

-- masuk-masuk bilik terus pandang katil... siap ada bantal peluk kecik lagi tulis Harris Hotel --

-- ini bilik mandi --

-- dan ruang menonton .. siap ada kerusi panjang lagi untuk lepak-lepak --

lagi 1 jangan risau tak tau nak tengok chanel apa...
selain dari Chanel Indonesia, di Harris Hotel ni memang dah sedia banyak chanel Astro...
HBO, macam-macam chanel movie (Alycia tak tau sangat sebab tak langgan) dan chanel cartoon Network untuk anak-anak ...

-- see, pagi-pagi Adam dah bangun makan biskut sambil tengok kartun --

ok, ni jer cerita hari pertama yang penuh dengan keterujaan...
sampai jugak akhirnya di Bandung ...

ni link untuk HARRIS Hotel --> SINI ...

ok, tunggu next entry hari ke dua pulak ;)


6 yang komen:

Cik Puan Rara said...

bestnya.bila lah nk sampai sini pulak eh.

Nad MamaZN said...

Baju blackout papa ajip tu dh sampai bandung dah heheheh

syawalsimpsons said...

bestnyer...insyallah turn sue pulok nnt lepas en asbeen dah bagi lampu ijau

Kakizan Omar said...

bestnyer kan.. :D

Mia Liana said...

wahhhh... tentu seronok kan... shopping2..

Dennis said...

Ehem ehem, memang suka entry travelog. Share byk2 gambar k huhu

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com