Nuffnang Gadget

June 14, 2013

Floria Putrajaya 2013 ...

ok, siapa peminat bunga kat sini sila angkat tangan...
pompuan mestilah minat bunga kan...
so, bagi korang yang minat dengan bunga-bunga, jangan lepaskan peluang berkunjung ke 
Floria Putrajaya 2013 ...
Setiap tahun mesti ada tema nya...
dan tahun ni tema Floria Putrajaya 2013 adalah ORKID...
yeahh, i like ;)


FLORIA, Festival Bunga & Taman Putrajaya akan kembali menceriakan Putrajaya selama 9 hari mulai 22 Jun 2013.  
Festival bunga dan taman yang terulung di Malaysia akan sekali lagi diadakan di Pesisiran Tasik, Presint 2, Putrajaya.  Kini, FLORIA menjadi ikon acara tahunan yang unggul dengan mencatatkan rekod gemilang menerusi kunjungan melebihi 1 juta pengunjung, penyertaan dari 16 peserta antarabangsa dan lebih daripada 100,000 pokok bunga kertas yang telah dipamerkan dalam 82 lot taman pada tahun lepas.  Pada tahun ini, bunga orkid yang popular kembali pada Floria 2013 dengan tema Orkid- Khazanah Tropika.
Waktu Operasi:
9.00 pagi - 10.00 malam (Isnin - Khamis)
9.00 pagi- 12.00 tengah malam (Jumaat - Ahad)

YURAN MASUK: PERCUMA

maklumat lanjut klik ---> SINI

selain daripada pesta bunga-bunga, sebelah malamnya ada perarakan bot berhias atau lebih sinonim dipanggil 'Magic of The Night' dan juga pertunjukan bunga api...

-- pertujukan bot berhias tahun lepas... ofkos bangga dengan kapal noghori den --

-- semasa Floria 2011 dengan tema roses , tahun 2012 tema = boungenvilla --

-- semasa Floria 2010 dengan tema orkid --

jom kawan-kawan...
siapa yang berkesempatan datang ke sini, kita calling-calling okeh...
boleh laga-laga pipi, cemolot skittttt hehe...

Notakaki Alycia : Alwaiz bangga jadi duta Putrajaya ;)

11 yang komen:

syawalsimpsons said...

sue jarang nk g..mmm...parking susah..kikiki..klo terasa nk g br g

mama tisya said...

tk pernah pegi...tgk org update gmbr je la

**wah best bln 9 nk p korea..nanti p korea wajib cari susu pisang tu tau..tekak kita sedap la tp tktau la kalo org lain tk suka...tp mmg susu tu femes kt korea..nasibaik kt kl ada jual..bole la lps rindu minum hehe

JaSSNaNi said...

owhh.. dia kembali lagi.. thanks for info.. kalau ada waktu lapang nak terjah nanti..

:: Cik Viva :: said...

yeah..penah pegi tahun 2010 tu..tema orkid..

nini said...

bestnya....banyak bunga2 kan....pernah pergi sekali aje, tupun sebab esement...=D

Ann Ishak said...

kakak saya peminat orkid, mesti kemaruk jugak dia nak pegi ni, thanks mama for the info

duniafana said...

jauh sgt nak p

Sidratul Muntaha said...

minggu depan ye?!
mcm best!!
ahahaha
remind ye..
mcm nak bwk org tua gi tgk sini plak

Adlin Mohamad said...

hahaha pernah gi sekali masa kyra kecik ..skang nk gi kena pk anak2 yg x reti dok diam

NURSHAKIRA ABDUL HALIM said...

wah bunga2! :)

Dennis said...

22 jun Malam akan ku terjah ke sana. Kasi test camera baru haha

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com