Nuffnang Gadget

July 12, 2013

Bandung : Tangkuban Perahu & Shoping Di Factory Outlet...

 ok, harini Alycia nak sambung balik kisah percutian ke Bandung, Indonesia...
oh, kalau korang terlepas ikuti kisah percutian Bandung ni, korang boleh carik 
Percutian:Bandung di Travelog Alycia belah kiri blog ni...
takpe, baru hari pertama... hari pertama pun dah berentry-entry kan...
bukan apa, Alycia jenis yang tak suka letak gambar banyak-banyak sampai nak muntah dalam 1 entry...

ok, lets jom kita sambung...
lepas singgah sebentar di Rumah Produksi Tahu Susu Lembang dan Strawberi Park, teruskan perjalanan ke Tangkuban Perahu...
jalan bengkang-bengkok macam nak ke Cameron Highland tu...
lebih kurang 1 jam lebih perjalanan kot...
sempat lah jugak kot nak lelap mata...

sebelum sampai di Tangkuban Perahu pak supir kami dah briefing dulu...
dia kata kat sana memang ramai penjual-penjual yang akan ikut kita...
cuma kalau boleh jangan beli sebab harga jauh lebih mahal compare dengan kat Bandung...
cuma yang special kat sini T-Shirt Tangkuban Perahu tu okey bole beli kat sini...

sampai-sampai kat sini suhu memang dingin...
siap ada kabus-kabus lagi...

-- gambar bertiga ... banyak pulak dapat ambik gambar bertiga kat sini sebab pak supir tolong ambikkan --

-- posing berdua lak ;) --

-- nampak tak kat bawah tu... ha tu lah dikatakan belerang yang dikeluarkan oleh gunung ini ketika tidak aktif --

Gunung Tangkuban Parahu atau Gunung Tangkuban Perahu adalah salah satu gunung yang terletak diProvinsi Jawa BaratIndonesia. Sekitar 20 km ke arah utara Kota Bandung, dengan rimbun pohon pinus dan hamparan kebun teh di sekitarnya, Gunung Tangkuban Parahu mempunyai ketinggian setinggi 2.084 meter. Bentuk gunung ini adalah Stratovulcano dengan pusat erupsi yang berpindah dari timur ke barat. Jenis batuan yang dikeluarkan melalui letusan kebanyakan adalah lava dan sulfur, mineral yang dikeluarkan adalah sulfurbelerang, mineral yang dikeluarkan saat gunung tidak aktif adalah uap belerang. Daerah Gunung Tangkuban Perahu dikelola oleh Perum Perhutanan. Suhu rata-rata hariannya adalah 17 oC pada siang hari dan 2 oC pada malam hari. [ Sumber : SINI ]


lebih sejam kot kat sini...
kat sini lebih kepada aktiviti menikmati panorama indah kat sini...
kalau ke Bandung tak ke Tangkuban Perahu memang tak sah...

-- okey ini last... gambar yang disnap oleh mr photogh en Ajip Ali... boleh view di Page Ajip Photofolio --

lepas kat sini, plan seterusnya makan tengah hari, solat dan seterusnya aktiviti shoping di Factory Outlet...
yesss, i like...
mujur dah nak masuk van time ni sebab bila masuk jer van tetiba hujan turun...
fuhhhh, selamat kalau tak smua basah kuyup...

on the way balik memang hujan turun mencurah-curah membasahi bumi...
menjettttt ... lapar betul dalam perut time tu...
sampai kedai makan + solat...
then meneruskan aktiviti ke bandar Bandung ke Factory Outlet...
memang syok giler shoping kat factory outlet kat bandung ni...
tak banyak sangat gambar sebab dah tak ingat dah nak bergambar haha...

-- masa shoping pun hari hujan... nasib ada pak supir yang setia menunggu kami... nampak jer kelibat kami cepat jer ambik barang letak dalam van... baik sangat pak supir ni --


-- depan Rumah Mode... kat sini tak boleh nak shoping sebab ramai orang... kalau kat sini hari Sabtu memang sesak... sebab pak supir kata ramai orang Jakarta turun Bandung berbelanja (shoping) --


ok, pasni Alycia nak citer pasal dinner kami pulak...
kat sinilah cendol paling best Alycia pernah rasa...
tunggu yer ;)


12 yang komen:

Aswan Azmy said...

bila la boleh p sini jgk..

syawalsimpsons said...

gamba dari husband alycia tu cantik la

Anonymous said...

ikut agent mane?

potia casadelarossa said...

seronok tgk org gi melancong

Nad MamaZN said...

Waaa cantiknya tangkuban perahu!

.::: Princess MOMOY :::. said...

salam ramadhan dan momoy follow sponsor GA sis mia ni

Yumida Huda said...

wah..beznye..melancong kat tmpt org

follower ke 878..jemput singgah ke blog Yumida & follow back klo sudi
http://umikasum.blogspot.com

Norhazlina Mohd. Zaki said...

Aiseehh..bestnyerr...bila nak sampai tahhh...nk tggu ke bandung pulak...

lala yusof said...

bestnya, salam ramdan ya

Nurul A said...

salam, ada pegi trans studio tak? tgh cari review ni, best ke tak.

DrCat said...

rumah mode mahal...macam gi JPO(johor premium outlet ) je...sy lagi enjoy shopping kat Pasar Baru..boleh tawar menawar kaw2

iffah hussin said...

Seronok berapa di tangkupan perahu... kawah gunung berapi.. hi hi hi

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com