Nuffnang Gadget

August 28, 2013

Pertandingan Bunga Api Antarabangsa 2013...


ni bagi sesiapa yang takde apa nak buat hujung minggu ni, jom ramai-ramai kita datang ke Putrajaya sempena Pertandingan Bunga Api Antarabangsa 2013 ...

Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Putrajaya 2013 anjuran Perbadanan Putrajaya (PPj) bersama rakan penganjur Duago Corporation Sdn Bhd akan diadakan di Pusat Maritim, Presint 5 Putrajaya pada 30 & 31 Ogos, 13, 14 & 15 September dan 2 Oktober 2013 dengan persembahan bertaraf antarabangsa untuk tatapan pengunjung ke Putrajaya.
Pelancaran pertandingan ini akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 30 Ogos 2013 sempena Majlis Sambutan Ambang Merdeka. Sebanyak 6 negara akan bertanding iaitu China, United Arab Emirates (UAE), Amerika Syarikat, Korea, Perancis dan Malaysia dengan setiap persembahan bunga api adalah selama 25 minit tanpa henti.

Pengunjung akan disajikan dengan pelbagai corak persembahan yang melambangkan budaya dan keunikan setiap Negara yang bertanding. Setiap persembahan digubah oleh pakar-pakar choreographer bunga api. Kesemua persembahan ini menggunakan microwave wireless dan fully synchronized music.

Orang ramai dapat melihat persembahan bunga api dengan lebih jelas di sepanjang sisiran tasik Putrajaya. Selain itu juga boleh menempah pakej Cruise Tasik untuk menyaksikan persembahan bunga api dari bot-bot yang akan berlabuh di tasik semasa pertunjukan atau berada di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Selain dari itu, beberapa acara sampingan turut diadakan seperti mini konsert, bazaar, Karnival dan street food. Bagi kemudahan pengunjung, tempat letak kereta yang berhampiran pertandingan dan khidmat shuttle bus bagi mengangkut pengunjung ke tapak pertandingan ada disediakan. Sila layari laman ini untuk maklumat lanjut.


4 yang komen:

Normi Nieza said...

cantik..:)

Nadya Dyana said...

macam nak pegi hehe

Adhie Sunan Saifuddin said...

menarik...tapi takder rezeki nak gi sana huhuhuhu

Azhafizah Md Nor said...

harap harap tahun ni dapat pg..tahun2 lepas xdapat pegi pun..sedih =__='

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com