Nuffnang Gadget

February 20, 2014

Projek Muffin Adam Di Malam Hari Lahir...

Ni sebenarnya request daripada Adam sendiri...
nak sangat suruh mama buat muffin oren...
memang hari Isnin lepas mama ambik cuti, bawak Adam pergi kedai bakery beli bahan-bahan untuk buat muffin oren Adam...

dah janji dengan Adam malam lepas maghrib baru buat...

so, malam tu memang kena tunaikan janji sebab dia dah siap tunggu kat dapur nak buat muffin...
macam Upin Ipin kan mama Adam cakap...
sebab Upin Ipin tolong Kak Ros buat kuih kat dapur haha...
pengaruh citer kartun sungguh Adam...

-- gigih ok mengacau muffin yang mama dah siap bancuh --



-- ok, muffin dah ready masuk dalam paper cup --

dah siap masuk muffin dalam paper cup, terus lah panaskan oven...
sekali tetiba elektrik terputus huhu ...
rasa-rasanya punca daipada oven kot...
sebab oven tu lama sangat dah tak pakai huhu...
sebab tak nak hampakan Adam, terus ambik kukus dan kukus muffin tu...
tapi bila dah siap muffin tu keras sikit...
yelah sebab adunan bakar kan tak sama dengan aduanan kukus...

tapi yang bestnya, dapat seprisekan Adam dengan muffin dengan dia buat sendiri...


time ni mama layan Adam tengok kartun, papa pulak nyalakan lilin kat dapur...

dan terus nyanyikan Adam dengan lagu happy birthday...
malu dia...

-- birthday boy dengan muffin yang dibuat sendiri --

ok, celebrate birthday Adam lepas ni yer...

"Alhamdulilah, rasa seronok sangat bila Adam enjoy dengan aktiviti buat muffin ni... Insya Allah, lepas ni kena beli oven baru. Baru semangat buat muffin macam-macam hehe..."

6 yang komen:

Normi Nieza said...

owh..nasib blh tkar perancangan..huhu

Nad MamaZN said...

Suka tgk adam hepi :)

Nad MamaZN said...

Suka tgk muka adam hepi :)

Azhafizah Md Nor said...

rajin adam tolong mama kat dapur..takpe,lepas ni ade oven baru hari² mama buat..happy birthday anyway adam :)

syawalsimpsons said...

bestnya adam jek tolong mama yee

Nadya Dyana said...

Bestnya^^

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com