Nuffnang Gadget

March 25, 2014

Berita Sedih Buat MH370...

Malam tadi Malaysia dan seluruh dunia digemparkan dengan berita tentang pesawat MAS MH370 melalui sidang media yang dibuat oleh PM kita. Selepas dengar berita tu terus hati jadi sayu dan sedih. Alycia terbayangkan macam manalah keadaan keluarga penumpang dan crew menerima berita tersebut.

KUALA LUMPUR: Pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang gagal dikesan sejak 8 Mac lalu disahkan hilang di kawasan selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan berita itu dalam satu sidang khas yang disiarkan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunita Putra (PWTC) malam tadi.




Kata Perdana Menteri, kedudukan terakhir penerbangan MH370 itu didasarkan kepada maklumat daripada data satelit yang diberikan oleh syarikat Britain, Inmarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke jalur selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu.


"Ini kawasan yang terpencil, jauh daripada mana-mana tapak pendaratan yang munasabah.


"Oleh itu, dengan rasa penuh dukacita dan kesal, saya memaklumkan bahawa, berdasarkan kepada data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib.

(Sumber : SINI)


Alycia ucapkan salam takziah buat keluarga penumpang dan crew MH370
"MH370 dalam kenangan !!..."

4 yang komen:

Farah Waheda Wahid said...

my condolences to all dan al-fatihah buat yang beragama Islam... terbayang2 how does it feel to be inside there and the babies... sobbbb....

Normi Nieza said...

salam takziah buat keluarga penumpang mh370...

syawalsimpsons said...

sedey kan bila kenangkan..al fatihah

Azhafizah Md Nor said...

MH370 dalam kenangan..salam takziah

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com