Nuffnang Gadget

March 6, 2014

Dah Boleh Isi e-Filing LHDN 2013...


kawan-kawan yang menjadi penyumbang pendapatan negara melalui cukai pendapatan tu bolehlah mula mengisi e-filing 2013 yer...
Sistem e-filing 2013  telah dibuka bermula pada 1 Mac 2014 - 30 April 2014...
kalau dah cukup semua maklumat, dah boleh isi cepat-cepat...
jangan sampai 29 April baru sibuk-sibuk nak isi...
masa tu dah ramai sangat yang akses, mestilah sistem jadi slow...

Alhamdulilah, Alycia dah selesai menghantar cukai pendapatan 2013 melalui Sistem e-Filing semalam...
lagipun rasa happy jugak, sebab rasa-rasanya macam ada lebihan jer...
yelah, dah tolak cukai bulan-bulankan melalui PCB, akhir tahun kita dapat balik...


Ni Alycia kongsikan bagaimana caranya untuk kita kurangkan Cukai Pendapatan :

Antara perbelanjaan anda yang boleh mendapat pelepasan cukai ialah:

1. Zakat – Ini adalah kelebihan yang ada pada orang muslim. Anda boleh dapat pelepasan cukai sebanyak jumlah zakat yang ada bayar.

2. Pendidikan Anak – Pelepasan cukai maksimum sehingga RM3,000 sekiranya anda menyimpan melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional ( SSPN) iaitu skim simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi.

3. Bantuan kebajikan – Sumbangan kepada organisasi yang mendapat kelulusan LHDN seperti MERCY dan MAKNA

4. Pembelian buku, journal, majalah – Pelepasan cukai maksimum sehingga RM1,000.

5. Melanjutkan pelajaran postgraduate – Pelepasan cukai maksimum RM5000 setahun. Sila semak syarat-syaratnya di laman web LHDN .

6. Pembelian barangan sukan – Pelepasan cukai maksimum RM300

7. Insuran hayat/takaful keluarga – Pelepasan cukai adalah RM6000 (dikongsi dgn caruman EPF).

8. Bayaran perubatan untuk ibu bapa – Pelepasan cukai maksimum RM5000.

9. Pembelian komputer - Pelepasan cukai RM3000 ( sekali sahaja dalam 3 tahun)

10. Full Medical Check Up. Maksimum RM500 seorang untuk full medical checkup dan RM 5000 untuk penyakit kritikal dan peralatan bantuan asas (basic supporting equipment)

(Sumber di SINI)

Alhamdulilah, sejak mula kena bayar cukai ni Alycia memang dah pastikan gaji dipotong ZAKAT, bil-bil pembelian buku/majalah di simpan dan difailkan, dan ambil plan insurans hayat/takaful untuk keluarga. Sebab perkara-perkara ni akan memberi faedah kepada kita untuk pelepasan cukai.

"jom jadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab ...:) "

3 yang komen:

syawalsimpsons said...

sue tak pandai bab2 ni...kena belajar ni

n O e s u h a i m i said...

baru semalam noe masuk efilling...cadang nk isi terus..x jadi plak...tengok la malam ni ke buat...cepat buat..senang..

Azhafizah Md Nor said...

tq share kak :)

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com