Nuffnang Gadget

March 21, 2014

Mutiara Iman : Melangkah Dengan Adab ...


Assalammualaikum buat sahabat...
pagi ni just nak sharing e-mel yang diterima di ofis semalam...
berkenaan Melangkah Dengan Adab...
semoga memberi manfaat buat semua...

---------------------------------------------------------------------
Adab Berjalan 

Pertama, niat yang benar. Seorang Muslim hendaklah berniat yang benar ketika hendak berjalan. Niatkan berjalan itu untuk tujuan yang baik itu sebagai ibadah dengan mengharapkan redha dari Allah SWT. Apabila berjalan hendak ke masjid, niatkan untuk beribadah kepada Allah. Jika berjalan untuk bekerja, niatkan untuk mencari rezeki yang baik dan halal untuk keluarga. 

Kedua, tidak berjalan untuk suatu yang haram. Sesungguhnya, kedua kaki akan memberi kesaksian berbicara pada hari kiamat. Untuk itu, hendaklah menghindar dari berjalan untuk sesuatu yang dilarang agama. Kerana setiap ayunan langkah kita menuju sesuatu yang diharamkan akan berbuah dosa. 

Ada tiga amalan yang perlu dilakukan dalam adab berjalan:

1. Sebelum berjalan.

i. memulakan dengan lafaz basmallah dan berdoa. Asas utama sebagai seorang Islam.
ii. mulakan langkah dengan kaki kanan.
iii.pakailah pakaian yang menutup aurat.

2. Ketika berjalan

i. berjalan dengan tenang, sopan, cermat dan yang sewaktu dengannya
ii. tidak makan atau pun minum.
iii. memberi atau menjawab salam apabila bertemu dengan saudara seagama
iv. memelihara pandangan daripada perkara haram.
v. membuang benda-benda yang boleh membahayakan orang lain.

3. Selepas berjalan

- ucaplah Alhamdulillah sebagai tanda syukur kita kepadaNya kerana perjalanan kita dilindungi.
"Ilmu yang baik itu dipanjang-pangjangkan kepada rakan-taulan..."

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com