Nuffnang Gadget

March 22, 2014

Nak Masak Apa Harini Yer...

Assalammualaikum dan selamat bercuti buat kawan-kawan...
eh harini dah start cuti sekolah kan...
mesti sibuk ibu-ibu bila anak-anak dah ada kat rumah...

eh terfikir tak harini nak masak apa...
ni Alycia saje nak share menu-menu yang dah masak dalam 2 minggu ni...
ehhh, saya bukan pandai masak ...
tapi bak kat Ustaz Azhar Idrus rajin masak ajer sikit-sikit...
kongsi-kongsi menu di pagi hari ;)

-- gulai lemak udang campur kacang botol --

-- lepas tu ditambah dengan celur pucuk ubi dan sambal belacan. pastu goreng telur dadar + carrot untuk Adam --


-- nasi goreng kalerful makan pulak dengan salad epal --

ni masa kes baru-baru MH370 tu. sebab nak mengikuti sangat berkembangan dekat berita masak nasi goreng ajer kekdahnya hehe...

-- tomyam campur dan sambal ikan bilis cili api --

teringin nak makan tomyam sebenarnya.
pastu takde lauk yang pedas, so buat ajer sambal ikan bilis cili api.

-- sambal sardin dan sayur campur --

ni pun dah tak tau nak masak apa...
sambal sardin dan sayur campur pun sodappp...
habis licin Adam dengan en Ajip makan sardin...
tak sempat nak buat kodok cicah sardin...

perasan tak dalam setiap masakan mesti ada carrot??
sebabnya Adam adalah peminat carrot no 1 !!
takde lauk lain takpe, janji hari-hari kena masak lauk campur carrot...
lepas ni mama nak berkawan dengan tokey jual carrot...
boleh dapat harga borong murah hehe...
"seronok bila anak dapat merasa air tangan ibu. Macam tulah agaknya perasaan mak-mak kita dulu..."

4 yang komen:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum. wahh sodapnya.. betul kak. sampai skrg sheila suka sangat masakan mak dan ibu mertua. sedap dia lain macam. hehehe selamat pagi, singgah sambil menabung sini~~~

DrCat said...

terasa lapar...baru kul 11.45 nih heheehhee

Lyaa Suriany said...

ya Allah menarik nya nampakkk.
ni mau tiga pinggan tambah..

neway slm kenal kak

Azhafizah Md Nor said...

sedap² menu akak ni tau..

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com