Nuffnang Gadget

March 5, 2014

Pesta Buku Antarabangsa Putrajaya 2014...

Pesta Buku Antarabangsa Putrajaya 2014
Penganjur : MPH
Tarikh : 19 Mac - 23 Mac 2014
Tempat : Putrajaya International Convention Centre


Bagi kawan-kawan yang berada berdekatan dengan Putrajaya, 
jom sama-sama kita memeriahkan event ni...

maklumat lanjut di  --> SINI

Ni keratan dari akhbar kosmo online tentang Pesta Buku Antarabangsa Putrajaya 2014 ...
-----------------------------------------------------------------------------------------

Pesta Buku Antarabangsa Putrajaya (PBAP) 2014 di (PICC) yang bakal diadakan pada 19 hingga 23 Mac depan menawarkan pelbagai seleksi buku, majalah, buku elektronik (e-Book), alat bantuan belajar, alat tulis dan peralatan digital di dalam ruang pameran yang berkeluasan lebih 5,574.2 meter persegi.

Bersempena dengan konsep taman temanya, PBAP 2014 akan membawa pembaca ke dalam sebuah pekan buku untuk menerokai alam penuh keajaiban yang dipanggil Bookerville.

Pengarah MPH, Datuk Abdullah Abdul Rahman berkata, pesta buku berkenaan bertujuan untuk menyediakan persekitaran yang memperkaya, mendidik dan menghiburkan pengunjung.

“Ia sekali gus dapat menarik pelancong luar negara untuk menyertai pesta yang juga diadakan seiring dengan Tahun Melawat Malaysia 2014.

“Tawaran harga menarik tidak terhad kepada buku yang sudah lama diterbitkan malah ada juga buku-buku terkini yang diberikan potongan harga yang pastinya menambat hati pembaca,” katanya pada sidang akhbar PBAP 2014 di PICC, Putrajaya baru-baru ini.

Menurut beliau, PBAP 2014 bakal menarik lebih 300,000 pengunjung sepanjang lima hari pesta buku tersebut berlangsung.


Insya Allah, Alycia pasti tak melepaskan peluang untuk berkunjung ke sana nanti...
salah satu tempat yang bagus untuk bawak anak ...
nak bagi Adam explore sendiri buku yang dia minat...
dan pada masa yang sama menanam minat mencintai buku...

-- gambar semasa BBW tahun lepas --

-- Adam dengan koleksi buku yang dibeli di BBW --

"kot-kot ada yang nak datang tu bgtau yer, nanti kita bole jumpa-jumpa di sana..."

7 yang komen:

Nad MamaZN said...

In shaa Allah.. Bleh gak :)
Lama dh xjumpa alycia :)))

Sidratul Muntaha said...

aiyoh pitih tgh tadok
klu ade
lama dah gi

MG schmidt said...

eish!
smpai 23 ke
ingat dh habis ..
tkpe2 weken ni weken dpan boleh lg pegi ni ..huhu :)

Dzureen Darwis said...

Ala xdpt pergi :(

Azhafizah Md Nor said...

selamat memborong buku semua :)

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak, teringin nak pergi borong buku.. lama tak beli buku Y____Y

n O e s u h a i m i said...

wahhh bagus ni...

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com