Nuffnang Gadget

April 6, 2014

Buku Siri Penyiasatan SALMA...

ha, Alycia nak tanya...
korang masa kecik-kecik dulu minat tak dengan buku Siri Penyiasatan Salma 
atau bahasa Inggeris Nancy Drew...
Alycia memang minat sangat...
lepas tu ada Siri Hadi dan 5 Sekawan kan...
kalau boleh nak hari-hari pergi library nak pinjam buku-buku ni...

entah macam mana baru-baru ni Alycia berminat nak kumpul balik buku-buku ni especially Siri Salma...
carik di kedai buku baru macam MPH, Popular memang takde sebab kebanyakan yang baru dalam bahasa Inggeris...
sampailah entah macam mana masa teman adik Alycia ke butik pengantin minggu lepas, 
masuk 1 kedai buku di Kajang...
sebab Adam sibuk nak beli buku...
belek punya belek buku terjumpa pulak Buku Penyiasatan Salma ni...
terus macam nak melompat suka sangat-sangat...
Alhamdulilah, dah tau dah lepas ni nak carik di mana...

-- ni baru 6 buku Alycia beli --

buku ni release tahun 2005, kertas yang jenis nipis tu...
Alycia tak tau lah kot-kot boleh jumpa lagi yang kulit tebal atau ada keluaran terbaru...
tapi jumpa yang ni pun dah syukur sangat lah...
takpelah kualiti kertas tak elok sangat, tapi pandai jaga dan simpan pasti akan elok jugak...
Insya Allah...

-- ni semua judul buku dalam siri Penyiasatan Salma --

target bulan depan nak carik lagi, dan kalau boleh Siri Hadi dan 5 Sekawan tu pun nak borong...
ada impian nak ada mini library kat rumah...
lepas ni boleh feeling-feeling jadi penyiasat pulak hehe...

ok, kalau korang nak carik boleh terus ke Kedai Buku Czilpee Kajang (sebelah dengan Metro Kajang)

atau nak kirim kat Alycia pun boleh...
just emel me : deqya2000@yahooo.com
"harap impian nak adakan mini library kat rumah tercapai... so far koleksi buku Adam dan Alycia dah banyak dah..."

9 yang komen:

DrCat said...

ya allah...

kenangan sungguh!

dulu sy pun kumpul buku2 salma dan anak2 hadi...

yang salma tu siap ada yang nancy drew, sy beli masa form 4-form 5 , selalu baca dalam bas dari sekolah asrama melaka nak balik kelantan..

Azhafizah Md Nor said...

pernah dengar tapi tak pernah baca..

cik may said...

Halo. Saya pengumpul siri penyiasatan. Kalau nak kirim boleh lagi ke?

azura khairy said...

nk tny..beli buku ni 1 pcs bape?

Kalaicelvan Arumugam said...

Mmg best baca buku2 tue... saya pun tgh cari....boleh dapat alamt kedai tue tak....

Kiowahotoru said...

Hi, nak tanya buku penyiasatan hadi ada x..?saya tgh mencari utk menarik minat anak buah membaca..Boleh x saya dapatkan no. telefon kedai tersebut & senarai siri2 penyiasatan?

Thank you,

Sry Haryane

azlina ina said...

siri salmah is my fav.... siri salmah tu complete ka???

azlina ina said...

my fav book siri salmah.... complete series ka kat kedai tu???

has linda said...

Saya pun pengumpul.dulu beli harga rm2.50.tu pun mom yang sponsor.sayang nya buku dah rosak msa banjir.ada sebuah yang masih selamat

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com