Nuffnang Gadget

April 29, 2014

Floria Putrajaya 2014...


Floria Putrajaya merupakan acara tahunana yang ditunggu-tunggu di Malaysia...
setiap tahun pasti Alycia takkan lepas kan peluang untuk menikmati acara menarik sepanjang Floria berlangsung...

dan tahun 2014, sekali lagi Floria Putrajaya 2014 bakal diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 14 - 22 Jun 2014

Tempat : Pesisiran Tasik,  Presint 4

Tema 2014 : ‘Pesona Warna’

Bunga Tema : Bunga Begonia atau asam batu 

Sedikit info tentang Floria Putrajaya 2014 ...


FLORIA Putrajaya – Festival bunga dan taman yang dinanti-nantikan di Malaysia akan kembali menemui anda pada tahun ini dengan menghidangkan pelbagai jenis flora yang berwarna-warni dan menarik di luar imaginasi anda.  Bertemakan ‘Pesona Warna’, FLORIA Putrajaya 2014 menjanjikan pameran bunga-bungaan dari pelbagai spesis yang disusun atur di dalam taman-taman yang direka khas.  Bunga Begonia atau asam batu yang  berasal dari iklim lembap subtropika dan tropika  telah dipilih sebagai bunga tema Festival Bunga dan Taman Putrajaya mulai 14 hingga 22 Jun 2014.
Memandangkan ini adalah kali ketujuh acara ini diadakan, Perbadanan Putrajaya (PPj) selaku pihak penganjur sedang membuat persiapan untuk mempersembahkan satu pameran yang lebih besar dan lebih baik buat pengunjung di tapak baru dan kekal di Pesisiran Tasik, Presint 4.
FLORIA Putrajaya 2014 akan mempamerkan reka bentuk dari peserta antarabangsa yang terdiri daripada pereka taman, pereka gubahan bunga serta Pertubuhan/ Persatuan Floral Antarabangsa.  Selain mempamerkan reka bentuk taman dalaman dan taman luaran, pelawat diberi peluang untuk menikmati kreativiti dan kepakaran pereka landskap tempatan dan antarabangsa melalui lebih daripada 80 rekaan taman luar oleh agensi-agensi kerajaan , badan-badan korporat, sektor swasta, persatuan-persatuan, universiti serta sekolah menengah dan rendah.
(Sumber : SINI)

Antara gambar-gambar Floria 2013 yang Alycia pergi tahun lepas...



Lagi cerita tentang Floria Putrajaya 2013 di SINI...

So kawan-kawan, jangan lepaskan peluang...

Jemput datang ke Putrajaya 2014 nanti yer ;)
"bangga dapat mempromosikan Putrajaya ;)...."

7 yang komen:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak, sheila tak pernah pergi tengok taman bunga ni.. teringinnya. hehe singgah menabung libresse sini~~~

Farah Waheda Wahid said...

wah bestnya dah kembali lagi, boleh cuci2 mata tengok bunga2an segar ni.... thanks for sharing the info kak Alycia...

Azhafizah Md Nor said...

mintak mintak tahun ni dapat pergi sebab tak pernah berkesempatan nak datang..huhu

MyCherita said...

Salam ukhwah..jalan-jalan blogwalking dari senarai peserta Segmen Nak URL Blog #3 Mialiana.com.. salam perkenalan, salam ceria dari MyCherita

msredcheesecake said...

hasben akk suka bunga, tp akk tak suka...hhee

aRz MoHa said...

pasal bunga ni tak brapa minat sgt...saja ja nyibuk ptg2 komen di sini...just blogwalking

Cik Puan Rara said...

eh bila eh yg 2014 punya,teringin nk pegi.

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com