Nuffnang Gadget

April 12, 2014

Khasiat Makan Pucuk Pegaga...

Ni sambungan daripada Menu Ulam-ulaman semalam, Alycia ada terjumpa 1 artikel yang menyatakan kebaikan memakan ulam pegaga ...


Pegaga biasanya tumbuh melata di keliling rumah. Namun tumbuhan yang kecil ini besar khasiatnya. Ia kaya vitamin A dan C serta zat besi sering dijadikan sayur-sayuran ‘rasmi’ untuk wanita ketika berpantang.

Pegaga atau nama saintifiknya Cantella asiatica boleh membangkitkan selera makan, membantu meredakan masalah penghadaman, mengatasi masalah buasir kerana mengandungi serat. Ia juga mampu melancarkan aliran darah, terutama bagi wanita yang ada masalah haid.

Air perahan daun pegaga juga dikatakan boleh menyejukkan badan dan elok diamalkan jika demam, mengalami masalah berak berdarah atau lelah. Malah, ada yang menjadikannya sebagai minuman untuk menguruskan badan.

Pegaga juga dipercayai boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka, ulser dan masalah kulit lain. Ini sebabnya ia dijadikan makanan wajib bagi wanita berpantang supaya luka bersalin lebih cepat sembuh.

Pegaga juga dijadikan ubat untuk merawat masalah keputihan yang menyebabkan faraj terasa gatal. Masalah keputihan biasanya dialami wanita yang mempunyai anak. Caranya, minum air rebusan pegaga yang dicampurkan secubit sedikit garam. Amalkan minum air rebusan ini dua kali sehari.

Orang tua-tua percaya, akar pegaga juga banyak khasiatnya. Amalan minum air rebusan akar pegaga ini dipercayai boleh membantu mengawal paras gula dalam darah di kalangan pesakit kencing manis.

(Sumber : SINI)
"suka makan pegaga lagi-lagi kalau blend buat jus ..." 

3 yang komen:

Fizi Zaidi said...

buat jus pun sedap juga...nak minum tutup hidung..pahit..huhu

Normi Nieza said...

cik nor suka buat ulam..:)

Azhafizah Md Nor said...

fiza suka makan urap penggaga..kalau ulam camni kurang sikit..hehe

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com