Nuffnang Gadget

April 17, 2014

Kisah Adam Di Hari Prestasi Taska...

Ni kisah masa hari Sabtu lepas...
Taska Adam buat Hari Prestasi bagi anak-anak taska yang berumur 4 - 5 tahun...
sebab masa bulan 3 haritu, diaorang ada exam...
adoiii, masa Adam cakap dengan Alycia "mama, harini Adam ada peperiksaan.."
adoi, gedebak gedebuk hati mama...
macam anak nak ambik exam UPSR hehe...

so, parents dijemput datang masa Hari Prestasi sebab nak tengok tahap pencapaian anak-anak...
masa ni lah kita boleh berbincang dengan teacher pencapaian anak di taska...

Masa nama Adam Zikry dipanggil, saspen ajer nak jumpa teacher Adam...
lepas tu, terus teacher tunjukkan result exam Adam...

-- wahhh, so proud of u my son --

tak sangka Adam dapat keputusan 98%...
lepas tu teacher tunjukkan soalan exam untuk setiap subject...
Alycia tanya betul ke Adam buat sendiri ni...
teacher kata betul Adam buat, cuma untuk paper Bahasa Melayu dan B. Inggeris tu bukan Adam tak tau, tapi dia gopoh nak cepat siap... 
salah tulis ejaan...


dan lagi satu teacher Adam bagi tau, Adam dah nampak tokoh kepimpinan...
contoh macam kawan-kawan tak tau buat, nanti Adam akan tunjukkan...
sampaikan dalam exam pun kawan-kawan tanya kat Adam jawapan hahaha...
abang besar sungguh Adam kat taska...

apa-apa pun Alycia bangga dengan Adam...
Alycia tak nak lah preasure Adam lebih-lebih kat rumah...
kat rumah dia tak belajar sangat pun, cuma buat homework yang teacher bagi...
lagipun Adam baru 5 tahun, bagi dia peluang untuk bersuka-ria macam kanak-kanak lain...

kita dulu pun 5 tahun takde pun ambik report kad kan...
lagi main sampai petang keliling kampung ada haha...

yelah, tapi kita kena akur dengan peredaran zaman...
zaman sekarang tak sama macam dulu...

dan Alhamdulilah, Adam dapat no 1 daripada semua pelajar yang ambil exam...

-- ambik hadiah dari teacher Ana --

-- sebahagian anak-anak taska yang datang --

-- potong kek dengan teacher sebab birthday teacher --

-- posing dengan teacher-teacher di taska --

Adam dah target peperiksaan bulan 6 nanti dia mesti dapat no. 1 lagi...
sebab nak dapat hadiah special dari papa...
apa hadiah sepcial tu??
tunggu next entry hehe...
"taska anak korang ada jugak buat Hari Prestasi tak..."

4 yang komen:

Farah Waheda Wahid said...

wah bagusnya adam, aunty tumpang bangga untuk adam...

Normi Nieza said...

tahniah adam..:)

Azhafizah Md Nor said...

Alhamdulillah..congrats adam..teruskan usaha belajar rajin² ye

Nad MamaZN said...

ada.. utk tau perkembangan dan pencapaian selama 3 bulan pertama sekolah. tp ujian baru start isnin lepas. xtau la cemana ni..maknya yg terlebih cuak hehe

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com