Nuffnang Gadget

April 3, 2014

Kumpul Resit Buku/Majalah...


sejak jadi pembayar cukai ni, inilah salah satu benda yang WAJIB Alycia buat...
kumpul dan failkan semua resit pembelian buku/majalah...
sebabnya untuk kurangkan pembayaran cukai pendapatan...

Alycia wujudkan 1 fail untuk cukai pendapatan...
lepas tu tagkan ikut tahun...
semua resit-resit pembelian buku/majalah, statement insurans nyawa dan pendidikan
 untuk Alycia dan Adam memang simpan 1 tempat... senang...

walaupun kita declare tapi tak kena tunjuk bukti, tapi kena simpan jugak...
incase LHDN nak buat semakan lanjut dan mengaudit dokumen...

Ni Alycia kongsikan bagaimana caranya untuk kita kurangkan Cukai Pendapatan :

Antara perbelanjaan yang boleh kurangkan cukai pendapatan :

1. Zakat – Ini adalah kelebihan yang ada pada orang muslim. Anda boleh dapat pelepasan cukai sebanyak jumlah zakat yang ada bayar.

2. Pendidikan Anak – Pelepasan cukai maksimum sehingga RM3,000 sekiranya anda menyimpan melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional ( SSPN) iaitu skim simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi.

3. Bantuan kebajikan – Sumbangan kepada organisasi yang mendapat kelulusan LHDN seperti MERCY dan MAKNA

4. Pembelian buku, journal, majalah – Pelepasan cukai maksimum sehingga RM1,000.

5. Melanjutkan pelajaran postgraduate – Pelepasan cukai maksimum RM5000 setahun. Sila semak syarat-syaratnya di laman web LHDN .

6. Pembelian barangan sukan – Pelepasan cukai maksimum RM300

7. Insuran hayat/takaful keluarga – Pelepasan cukai adalah RM6000 (dikongsi dgn caruman EPF).

8. Bayaran perubatan untuk ibu bapa – Pelepasan cukai maksimum RM5000.

9. Pembelian komputer - Pelepasan cukai RM3000 ( sekali sahaja dalam 3 tahun)

10. Full Medical Check Up. Maksimum RM500 seorang untuk full medical checkup dan RM 5000 untuk penyakit kritikal dan peralatan bantuan asas (basic supporting equipment)

(Sumber di SINI)
"Alhamdulilah, lebihan cukai tahun 2013 dah dapat dah ;) ...."

8 yang komen:

Amanda Suria said...

SA x buat lagi...alahaiiiiiiiii

DrCat said...

sangat membantu! thanks alycia!!

DrCat said...

declare kat mana? website LHDN? huhu alycia buat lagi satu post lah pasal cara nak declare resit2 tu ke hehehehe

Farah Waheda Wahid said...

betullah tu kak kan? dapat deduction...he he he...

Normi Nieza said...

good sharing..

Sheila Salim said...

Assalamualaikum. wahh dapat banyak deduction. heee pasni boleh start beli majalah dan buku2 balik. hehehe.

diana said...

jimat banyak jugak kat situ ye..

Azhafizah Md Nor said...

baguslah kak cara camni..tq share kak :)

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com