Nuffnang Gadget

April 27, 2014

Pertanyaan Tentang Angel Hair...

Masa Alycia buat entry menu goreng-goreng tu, ada yang tanya tentang Angel Hair...

ok, jom Alycia share serba-sedikit tentang Angel hair yang Alycia tau...

Apa itu Angel hair?
Angel hair ni salah satu jenis pasta sebenarnya. rupa lebih kurang sama macam spageti, tapi halus-halus. Mungkin sebab tu dipanggil angel hair. kalau korang pergi ke pasaraya, boleh carik di tempat-tempat pasta tu. pasti akan jumpa Angel Hair..

Cara masak lebih kurang sama macam spageti, cuma mungkin tak lama sangat sebab halus.

-- ni jenama yang selalu Alycia beli San Remo --

Resepi Angel Hair Seafood Pedas


ni yang Alycia masak... Angel hair seafood pedas...
takdelah seafood sangat pun. just ada udang dan sotong jer hehe...

Bahan-Bahannya:

secekak Angel Hair (makan untuk 2 - 3 orang - rebus dulu  dan titiskan minyak dan toskan)
sotong dan undang buat rencah
sayur-sayur seperti brokoli dan lobak merah
1 biji bawang potong dadu
3 ulas bawang putih (cincang atau ketuk)
1 sudu cili kering kisar cawan air
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos cili
1/2 kiub ikan bilis/ayam (sebagai perasa)
sedikit minyak (terpulang nak pakai minyak apa)

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih
2. Dah garing masukkan cili kering. Biar sampai cili garing
3. Masukkan udang dan sotong, kemudian sos tiram, sos cili dan kiub ikan bilis/ayam. Biar udang dan sotong masak sedikit. Masukkan sayur-sayuran
4. Dah rasa semua ok, boleh masukkan angel hair an gaul rata
5. Sedia untuk dihidangkan
"Cara memasak terpulang pada masing-masing. Sesuai juga untuk menu sarapan pagi seisi keluarga di hari minggu ni..."

4 yang komen:

Cik Puan Rara said...

mmg favorite ni! hehehe

mama tisya said...

tk brp suka angle hair sbb halus sgt slalu bli spaghetti...tp kdg2 kalo tkde baru bli angle hair

Mohd Selim Zainal said...

Assalammualaikum.. sedap nyer mee nie...

mselim3

Azhafizah Md Nor said...

pasta kalau digoreng cara tradisional pun best jugak kan kak :)

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com