Nuffnang Gadget

April 4, 2014

Sambal Ikan Bilis Cili Api...

Assalammualaikum sahabat...
Harap semuanya ceria-ceria di pagi Jumaat ni yer...
maklumlah kan harini hari last keje...
esok dah cuti yahooooo....

malam tadi Alycia masakkan Sambal Ikan Bilis Cili Api untuk member Alycia yang sedang mengandung...
pernah sekali masa Alycia masak lauk ni lepas tu upload kat Istagram, terus teringin nak makan huhu...
kesian pulak kan, so malam tadi takde buat apa-apa sempatlah masakkan lauk ni 
untuk member Alycia ni ~ Puan Tinihani hehe...

-- Sambal Ikan Bilis Cili Api --

senang sangat nak masak lauk ni...
goreng garing ikan bilis (kalau korang suka ikan bilis liat-liat tu goreng sekejap jer)...
pastu tumbuk cili api, bawang kecil dan bawang putih...
hiris bawang besar sikit...

lepas tu cara masakknya lepas goreng ikan bilis, guna minyak goreng ikan bilis tu terus tumis bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi...
goreng sampai cili garing, lepas tu masukkan bawang besar...
nampak bawang besar dah layu, tutupkan api...
dan masukkan ikan bilis yang digoreng tadi...

siap.. makan dengan nasik panas-panas sedappp...
kalau bulan puasa tak tau nak makan apa time sahur, masak lauk camni...
hmmmm, tak sedar bole habis nasik sepinggan hehe...

-- ni Alycia masak tomyam lepas tu makan dengan Sambal Ikan Bilis Cili Api --

combination yang best jugak tu...
sebab tomyam tak pedas (sebab Adam nak hirup kuah tak nak pedas)...
Sambal ikan bilis tu buat pedas-pedas ...
"kalau korang nka cuba boleh try yer ;) ..."

9 yang komen:

syawalsimpsons said...

mmg telan air liuq ni

Nad MamaZN said...

selalu gak buat tp lg simple hehe.. takyah tumbuk, hiris jek semua.. tak kesah la kan, janji sodap, ye tak? :)

Azhafizah Md Nor said...

sedap makan dengan nasi panas kan kak..nyum²

::NureeN:: said...

en suami pon suka mkn ikan bilis mcm tu tp slalu grg ngan bwg jerr x pernah plak tumbuk cabai melaka sekali
pas ni bleh try hehee

Farah Waheda Wahid said...

memang sedap kak sambal ikan bilis cili api... selalu jugak buat...

Adlin Mohamad said...

lauk peberet laki mak ni b hahahha
kalau masak benda ni siap request buat bubur nasi hehehe

lovely said...

ringkas dan sedap.

diana said...

baru lepas makan pun boleh terliur lagi tengok gambar ni..apa punye perut entah,...biasa perut nih!!!


heheheh

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak, sheila terliur ni T_______T'

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com