Nuffnang Gadget

April 24, 2014

Tukar Tayar Yang dah Botak...


Hai, bila dah pakai kereta ni maintenance kereta menjadi salah satu tanggungjawab utama...
pandu kereta memang best, tapi nak maintain tu tak best hehe...

Ni antara perkara yang Alycia buat masa cuti Sabtu lepas...
tukar tayar kerete belah depan...
sebab tayar yang depan dah nampak botak dan nampak benang...
takut jugak musim-musim hujan sekarang ni kalau bawak kereta...
daripada apa-apa terjadi, baik ambik langkah awal...

masa tukar tayar haritu Alycia baru tau macam mana kita nak tengok bunga tayar kita ok ke tak...
Antara satu bunga tayar dengan satu bunga tayar lain terdapat satu penyambung. Jika penyambung itu mempunyai ketinggian yang sama dengan bunga, ini bermakna ia perlu ditukar dalam tempoh tiga hingga empat bulan, bergantung kepada sekerap mana anda menggunakan kenderaan.

Ok, jom tengok beberapa panduan apabila anda mahu menukar tayar kereta.

PERTAMA
Pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita. Sebagai contoh, jika Proton Wira 1.3 dan hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 14 inci kerana jika menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan tepat, semua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangka hayat.

KEDUA
Selepas mendapat saiz sesuai,Perhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar dikilangkan (minggu dan tahun).

Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, ia hanya boleh bertahan selama dua tahun selepas dikilangkan.

KETIGA
Mengenai saiz, cuba perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar. Sebagai contoh 205/50 VR 16 bermaksud tayar itu mempunyai kelebaran 205 mm, ketebalan (dari rim ke permukana jalan) adalah 50 peratus daripada kelebaran 205 mm dan untuk kegunaan rim bersaiz 16 inci. Huruf VR bermaksud, tayar itu sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar.

KEEMPAT
Kebanyakan kita lebih suka memilih tayar import. Bagaimanapun, kebanyakan tayar berkenaan dibuat berdasarkan iklim dan apabila digunakan di Malaysia yang panas terik, jangka hayatnya lebih pendek.

KELIMA
Tayar sepatutnya ditukar kedudukannya setiap tiga bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang.

KEENAM
Sekiranya kadar kehausan bunga di bahagian tepi kiri dan kanan lebih cepat berbanding di tengah, ini bermaksud selama tekanan angin tayar kurang. 

(Sumber : SINI)

8 yang komen:

Azhafizah Md Nor said...

Bahaya kalau tayar botak ni. dah sampai masa kena tukar.tq share info ni, perempuan jarang amek tahu pasal kereta,tahu bawak je..hihihi

syawalsimpsons said...

info yang baikni..nasib jugak la en asbeen ni jenis alert gak bab2 tayar ni

Mimi Azirah said...

Sy kalo tayar botak serahkan kak incik hubby buatkan...

Adlin Mohamad said...

kitaorg nak raya baru tukar hehehe

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak, bab kereta memang sheila serahkan pada suami. haha tahu tengok je. tak reti sangat. singgah menabung groupminteraction sini ~~~

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak, bab kereta memang sheila serahkan pada suami. haha tahu tengok je. tak reti sangat. singgah menabung groupminteraction sini ~~~

:: Cik Viva :: said...

bru tau yg tayar ada xpiry date jugak..selalu carik tyar baru y murah je..huhu

Ridzuwan Ayeop said...

Nak cari tayar? Cuba website http://mytayar.com

Ada 20 kedai di kawasan Lembah Klang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar.

Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.

Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.

Website akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.

Nak cari bateri dan package service kereta pun ada...

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com