Nuffnang Gadget

May 11, 2014

Sahabat... Selamat Hari Ibu...

Setiap tahun di Malaysia, hari ibu akan disambut pada Ahad minggu kedua bulan Mei dan untuk tahun ini adalah pada 11 Mei 2014 ...


Kenapa perlu sambut Hari Ibu?

Sebenarnya bagi menghargai jasa pengorbanan ibu, sebagai seorang anak itu tidak perlu menunggu pada tarikh sambutannya, bahkan hari-hari yang berlalu itu anggaplah sebagai hari ibu dan melakukan perkara yang membanggakan dan mengembirakan ibu mahupun bapa

Perlu juga diingatkan batasannya ketika menyambut, sebaiknya lakukan perkara seperti berikut

1. Sambutan yang sederhana dan tidak membazir
2. Sambutan yang menzahirkan rasa syukur atau takziah jika ditimpa musibah
3. Sebaik-baik sambutan ialah solat jemaah, majlis tahlil, doa selamat dan sebagainya

(Sumber --> SINI)

Bagi Alycia, hari-hari adalah hari Ibu...
sebab setiap pagi sembahyang selepas solat Subuh pasti tak lupa sedekah Al-Fatihah buat arwah kedua ayah, mama Alycia, mak mertua Alycia, en Ajip dan Adam Zikry...

Insya Allah, doakan yang terbaik buat insan-insan yang kita sayang...

sebab suatu hari pasti anak-anak kita akan doakan kita juga...
Amin...
"terima kasih mama kerana lahirkan saya, terima kasih mak kerana terima saya sebagai menantu, terima kasih papa kerana terima mama sebagai mama kepada anak kita dan terima kasih Adam kerana mama tau macam mana jadi seorang ibu..."

3 yang komen:

Normi Nieza said...

selamat hari ibu alaycia..:)

Azhafizah Md Nor said...

Betul tu kak, setiap hari adalah hari ibu :)

QasehnyaRania said...

selamat hari ibu jga buat kak :)

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com