Nuffnang Gadget

May 1, 2014

Sambal Sardin Cili Api...

Assalammualaikum...
Salam 1 Rejab...
Semoga sahabat-sahabat Alycia sihat-sihat hendaknya...
oh tidak lupa juga yer Selamat Hari Pekerja...
Kita semua adalah pekerja...
surirumah yang tak bekerja tu pun adalah pekerja kepada rumah-tangganya ye dok hehe...

ok, entry santai-santai jer harini...
nak share resepi Sambal Sardin Cili Api...
ni memang lauk feveret family Alycia...
lagi-lagi en Ajip...
tiap-tiap minggu mesti ada menu ni huhu...


Bahan - bahan:

1 tin sardin kecil (asingkan kuah dan sardinnya)
10 tangkai cili api (nak pedas tambah lagi) *
3 ulas bawang putih * 
3 ulas bawang kecil * (semua bahan * ditumbuk sekali)
1 biji bawang besar (hiris)
1 biji kentang (hiris nipis)
1 /2 kuib ikan bilis
1 sudu teh pati asam jawa Adabi
2 sudu makan kicap manis
sedikit minyak untuk menumis

Cara - cara:

Panaskan minyak goreng dahulu sardin (api sederhana kecil dan tutup takmo kasi merecik)
Bila sardin dah garing, angkat dan toskan.
Goreng pula kentang yang telah dihiris nipis. Kemudian dah nampak kuning boleh angkat.
Dalam minyak yang sama, tumis bahan tumbuk * sehingga garing dan naik bau.
Masukkan pula kuah sardin yang diasing tadi
Kemudian masukkan sardin yang telah digoreng, kentang yang telah digoreng dan bawang besar.
Gaul rata dan masukkan air asam jawa dan kicap manis dan kiun ikan bilis
Serasikan garam. Siap dihidang.

Makan dengan nasik panas memang layan ni ;)

-- aritu masak sardin dan juga sotong goreng kunyit untuk Adam --


3 yang komen:

Nasuha Puteri Nass said...

Assalamualaikum. Ermmm ini kna cuba ni....

Azhafizah Md Nor said...

sardin goreng dulu lebih sedap ye kak? nanti boleh cuba resepi akak ni..pedas n makan panas² mmg sedap!

KelipKelip said...

Salam sejahtera, wah rajin memasak akak ni, tengok gambar dah terliur...

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com