Nuffnang Gadget

May 16, 2014

Selamat Hari Guru Untuk Acu Adam...

Setiap 16 Mei pasti akan dikenang sebagai Hari Guru...
dulu masa time belajar, setiap kali hari guru mesti sibuk nak bagi hadiah buat cikgu kesayangan...
boleh nampak cikgu mana dapat hadiah sikit...
cikgu mana dapat hadiah banyak hehe...

tapi percayalah, cikgu pasti akan dikenang sepanjang hayat...
sebab tugas dan pengorbanan cikgu amat besar sekali...
sebab guru dah mengambil separuh daripada tugas ibubapa dalam mendidik anak-anak...
dan kerana tugas cikgulah kita semua menjadi insan berguna seperti harini...

so, tahun ni istimewa sikit sebab adik Alycia jugak adalah seorang guru...
tahun pertama tahun ni sambut hari guru dengan murid-murid...
so Alycia nak ucapkan Selamat Hari Guru untuk Acu Adam...

-- ni masa konvokesyen tahun lepas --


dan siapa sangka, selepas tamat belajar terus dapat tawaran mengajar di Sarawak...
nun jauh dipedalaman di Sibu sana...
jauh dari keluarga...
walaupun kami semua risau nak lepaskan Acu pergi mengajar dulu, tapi demi tugas dan tanggungjawab pada anak bangsa, Acu pergi jugakkk...

-- ni gambar masa hantar Acu di airport tahun lepas... sedih betul time ni huhu --

tapi setiap perancangan tu Allah dah aturkan...
perancangan Allah tu hebat...
siapa sangka Acu Adam bertemu jodoh di sana dan Insya Allah jika tiada aral akan melangsungkan pernikahan awal Jun ini...
Alhamdulilah, terima kasih Allah...

Buat semua guru, Selamat Hari Guru ;)


6 yang komen:

Nad MamaZN said...

wahhh..!
;)
hepi teacher's day utk acu! ;)
ke sarawak la nnt ye hehe

Cik Puan Rara said...

selamat hari guru acu.hehehe

syawalsimpsons said...

alhamdulillah bertemu jodoh jua akhirnya..smeua tu ada hikmah kan...tp bila dah besaq ni, lebey pada ingat akan cikgu2 yg garang, yg dapat sikit hadiah dari cikgu yg dapat banyak hadiah kan..sebab cikgu tu yg buat akan kiter sentiasa terkenang semua benda kan

QasehnyaRania said...

alhamdulillah.next month le kndurinya ye

selamat hri guru buat semua guru dimlsia

Azhafizah Md Nor said...

jasa guru sentiasa di kenang..selamat hari guru untuk semua guru² :)

Mia Liana said...

wahhh... selamat hari guru ya..

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com