Nuffnang Gadget

May 3, 2014

Sidai Baju Baby...


Ni aktiviti di hujung minggu lepas...
mencuci baju baju kecik...
opssss, baju Adam masa kecik-kecik dulu...

Mesti banyak tanda tanya kat kepala korang kan hahaha...
Jangan buat spekulasi okeh...
Sebenarnya Alycia nak sedekahkan baju Adam pada anak saudara baru Alycia ~ Baby Faleeq ;)
Sebelum ni selepas Adam ada 2 anak saudara baru jugak tapi girl..
yang ni baru dapat baby boy...

Daripada membazir simpan dalam stor, baik bagi kat baby Faleeq..

Jom Alycia sharekan tips supaya baju baju baby tahan lama...
mak-mak kita dulu turun-temurun dari anak no. 1 sampai lah yang last kan...

# TIPS 1
Jika baju ada print dari getah atau felt di bahagian hadapan, terbalikkan baju semasa membasuh di dalam mesin. 

#TIPS 2
Terbalikkan semua baju semasa menjemur di ampaian atau menggunakan dryer. Cahaya matahari yang terik boleh membuatkan warna baju cepat pudar

#TIPS 3
Jangan campurkan pakaian berwarna gelap (seperti jeans atau seluar) kanak-kanak dengan pakaian berwarna cerah seperti putih, pink dan dan lain-lain. Jangan campurkan baju yang terlalu kotor (ada selut, tanah etc) dengan baju-baju harian biasa semasa membasuh.

# TIPS 4
Gunakan laundry mesh bag untuk untuk pakaian kecil seperti bib, mittens, baby tight underwear, socks dan sebagainya. 

# TIPS 5
Kurangkan pengunaan detergen untuk membasuh baju kanak-kanak atau gunakan detergen khas untuk pakaian kanak-kanak.

# TIPS 6
Jika baju terkena bahan berminyak seperi kuah makanan taburkan baby powder dan biarkan kira-kira 30 minutes. Kemudian basuh bahagian tersebut dengan sabun mandi di sinki. Selepas itu baru masukkan ke dalam mesin.

# TIPS 7
Jahit butang baju terutama butang hadapan kemeja anak lelaki yang kecil atau aksesori tambahan (manik, bunga) pada dress anak perempuan.

# TIPS 8
Fahami "care label symbols" pada pakaian

# Tips 9
Seterika baju sebelum disimpan

(Sumber dari SINI)


4 yang komen:

Nasuha Puteri Nass said...

Assalamualaikum.... Selamat berhujung minggu....

mekchu said...

Laju je klik ingat dadam nak jadi banglong... sedekah je semua.. nnti kalau ada rezeki konpem beli baru (sbb kaler pink).. amin....

Azhafizah Md Nor said...

pewaris baju adam la ni.bagus juga kan dari terbiar je.

adianiez AIDA said...

aida memang guna 2 tips tu. basuh baju & sidai baju terbalik :-) dpt tips ni masa dok asrama dulu kala...

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com