Nuffnang Gadget

July 24, 2014

Abang Yang Hebat...


ohhh, lama Alycia tak cerita pasal anak bujang Alycia yang sorang ni = Adam Zikry...
yelah, asyik citer pasal makan jer...
taulah korang semua dah takde mood nak update blog...
semua tengah mood nak raya kan hehe...

tapi makyong ni baru time ni pulak meroyan nak update blog...
so, layan jer la...

ok, sejak dah tau mama dia pregnen dan Adam bakal dapat adik, otomatik dah start panggil dia abang Adam... 
Adam pun dah gelar diri dia Abang...
suka taww nak dapat adik...
hari-hari tanya "perut mama dah besar belum..."
"bila baby nak kuar, Abang dengan papa nak hantar mama pergi spitak keluarkan baby..."

suatu malam tu sebelum tido, Abang Adam tanya...
"mama, Abang hebat tak...."
terus Alycia cakap..." Abang mestilah hebat..."
"nanti nak jaga baby, jaga mama, jaga papa..."

sejak tu kami panggil Adam Abang yang hebat....

tapi bila merajuk kena marah, terus cakap...
"Adam tak nak jadi Abang... Adam tak nak jadi Abang yang hebat... Adam tak sayang baby..."


alololo.o emo jugak Abang Adam ni kekadang...
yelah, dah 5 tahun kan dia sorang-sorang...
sekarang dah nak ada adik, nak kena bagi perhatian kat adik dia...

walau apa pun mama dan papa tetap sayang Abang Adam tawww...
walaupun lepas ni berderet-deret adik Abang hahaha...



4 yang komen:

Nad MamaZN said...

adam tetap hebat :)

Normi Nieza said...

berderet tu alycia...hihik

Azhafizah Md Nor said...

hebat abang adam..excited dia nak jaga adik ye

Zamani Abe said...

semoga jadi abang yang penyayang :))

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com