Nuffnang Gadget

August 13, 2014

Lagi Gambar Raya...

selagi tak abis raya, maka memasing pun sibuk tunjuk gambar raya kan...
siap buat collection dari raya pertama sampai raya ke-30 hehe...
tapi Alycia takdelah sampai macam tu, rasa tahun ni meriah sikit sebab boleh buat collection sampai raya ke-4 punya gambar kot hehe...
itu pun sebab dah senang snap dari handphone je...

ok, raya ke-2 pagi-pagi dah bersiap untuk giliran beraya di kampung en Ajip di Kuala Pilah, Negeri Sembilan...
Alhamdulilah, sepanjang 6 tahun raya bersama memang ikut giliran...
tak pernah mis...

-- sebelum balik, sempat ambik gambar 4 orang budak yang kecoh kat rumah nekma ni... Adam dengan 3 orang sepupu dia... lagi sorang baby Faleeq balik rumah nenek dia kat Kelantan --

-- sebelum balik ke Kuala Pilah, sempat posing dulu untuk gambar raya ke-2 --

sampai kat Kuala Pilah pun dah tengah hari dengan jem bagai...
petang tu jalan raya ke Rembau sekejap rumah emak saudara en Ajip lepas tu lepak kat rumah wan Adam...

raya ke-3 pulak, terima kunjungan terima kunjungan family belah Alycia yang nak beraya di Kuala Pilah...
memang tak ke mana pun sibuk masak...
petang tu baru keluar beraya sekejap di rumah member di Pasoh, Negeri Sembilan...

-- sempat posing dekat rumah member tu... amboi, buat macam rumah sendiri nampak en Ajip dan Adam Zikry --

-- mama pun nak posing sama gak... cantik pulak kerusi bulat ni kan --


malam tu plan nak celebrate birth day kakak ipar...
so, pergilah ke Bahau carik tempat makan yang bukak time-time raya ni...
yang ada cuma KFC dan Pizza Hut..
ok, layan jerlah Pizza Hut...

-- bersama family belah en Ajip --

raya ke-4, semua pun dah nak balik ke rumah masing-masing....
tapi sebelum tu plan ke Simpang Renggam, Johor dulu sebab kakak ipar ada buat makan-makan sikit sempena pembukaan kedai pakaian dia kat sana...
kedai ala-ala borong...

-- all the family en Ajip --

-- picca kami bertiga --

-- with my hensem boy... tengok, dengki tak bagi nampak perut mama dia hehe --

ha, itu jerlah cerita raya kami...
Alhamdulilah, walaupun raya yang singkat bersama family tapi tetap seronok dapat berkumpul rama-ramai...


3 yang komen:

Farah Waheda Wahid said...

yeay dah boleh nampak baby bump kak alycia dah...

sYiRa LoKMaN said...

comelnya family ni..

Azhafizah Md Nor said...

raya yang meriah..comelnya preggy mommy ni :)

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com