Nuffnang Gadget

August 23, 2014

Sambal Katuk @ Ketuk...

memang sekarang ni lepas raya, asyik makan menu daging ayam daging ayam...
maklumlah jumuan raya dan open house meriah sana sini...
rasa dah macam jemu pulak kalau balik rumah nak masak ayam dan daging...

Alycia tak ingat ni masak time bila...
yang pasti haritu nak masak simple-simple jer...
nak masak yang rebus-rebus dan goreng-goreng jer...
tapi kalau goreng dan rebus takde pedas pun tak sedap pulak...
teringat sambal katuk @ sambal ketuk yang selalu kakak ipar buat time balik kampung...

sambal katuk @ ketuk ni kalau makan dengan nasik panas macam tu pun boleh...
laju jer masuk dalam mulut...

nak buat pun senang jer...

ni untuk hidangan sekali makan yer...

bahan-bahan :
segenggam ikan bilis (basuh dan rendam kasi lembut)
10 tangkai cili padi (nak pedas boleh tambah lagi)
2 ulas bawang kecik
3 - 4 biji limau kasturi (nak lebih masam boleh tambah lagi)

cara-caranya :
1. tumbuk cili padi, lepas tu bawang kecik hingga lumat
2. masukkan ikan bilis yang telah di rendam dan tumbuk sebati...
3. perah asam limau (boleh rasa nak masam tambah lagi)
4. bole tambah sedikit garam kalau tak rasa masin dan gaul rata

-- sambal katuk @ ketuk yang dah siap di tumbuk --

-- makan pulak dengan lauk rebus @ bening bendi dan ikan bawal goreng kunyit ... laju jer masuk mulut makan dengan nasik panas --

"bagi idea hujung-hujung minggu kalau dah tak tau nak masak apa kan... "


2 yang komen:

wa said...

Memang betul siss....dah bosan asik makan ayammm je kan... memang sedap sambal ni..lagi2.. makan ngan nasi panas..

Azhafizah Md Nor said...

Lama tak makan sambal ketuk ni..sedapnya!

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com