Nuffnang Gadget

September 4, 2014

Gulai Puyuh Salai...

Setiap kali balik ke kampung mertua di Kuala Pilah mesti tak mis beli puyuh salai...
sebab kat area sana benda-benda macam daging salai, puyuh salai, sembilang salai bersepah-sepah orang jual tepi jalan...

ni kirim puyuh salai dengan en Ajip sebab dia ada job ambik gambar pre-wedding di Kuala Pilah...

puyuh salai ni memang syok kalau masak lemak cili api...

-- gulai puyuh salai dengan pucuk ubi --

ni memang style en Ajip suka...
masak pekat-pekat style macam mak mertua masak...
nak dapatkan gulai pekat likat macam ni kena gulai dalam kuali macam kita masak rendang...
mula-mula ingat nak gulai dengan pucuk pegaga tapi carik kat pasar takde...
so, gulai dengan pucuk ubi ajer...

Adam makan tak gulai ni??

so far Adam makan tapi kena hisapkan dulu daging tu bagi jangan rasa pedas sangat...
faham-faham lah gulai lemak orang Nogori kan podeh macam mano hehe...

untuk Adam mama masakkan sayur campur...

-- sayur pakchoy dengan carrot --

ada carrot dan udang dah cukup selera bagi Adam...
pastu kuah tu kita lebihkan sikit...
Adam cakap sup sayur...
habis semangkuk kuah tu dia hirup...
"berbunga dalam hati tengok suami dan anak suka makan ;)..."

7 yang komen:

CikLa Shahril said...

Tak pernah mkn burung puyuh. Rasa mcm ayam ek?

Farah Waheda Wahid said...

kak balik pilah nak kirim daging salai boleh???

Normi Nieza said...

mak aii..sdapnya..:)

Azhafizah Md Nor said...

sedapnya puyuh..fiza tak suka salai sangat..memang macam macam salai ade kat pilah kan.bagusnya dok kampung pilah..heee..adam memang suka sayur ye..baguslah adam :)

adda syuhada said...

sedapnya..

Diana Rashid said...

burung puyuh biasanya saya goreng je..nanti nak buat masak lemak jugak la..tak pernah rasa lagi..

Maria Firdz said...

Sedapnya...

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com