Nuffnang Gadget

October 30, 2014

Mama Pun Boleh....

ni kisah 2 minggu lepas...
sekarang ni memang azab pulak nak mengupdate blog...
yelahkan, duduk lama sikit dah sakit pinggang...
nak carik mood 1 hal...
sabar jerlah mak buyong...

ok, ni kisah si Adam...
setiap hari memang mama akan siapkan bekal untuk Adam macam biskut ke, roti ke...
bekalan ni biasanya minum petang Adam akan makan...
tapi ada 1 hari tu masa jemput Adam, masuk jer dalam kereta dia siap cakap...
"mama, esok masak sandwich sardin untuk Adam boleh tak.. Adam nak bawak school.."
kenapa Adam nak bawak...
"yelah sebab kawan Adam bawak sandwich sardin... beli kat Petronas.."
"tapi Adam nak mama yang buat...."

terus ajer mama cakap ok...

malam tu bermulalah aktiviti mama dan Adam buat sandwich sardin @ sardin roll...

mula-mula siapkan inti sardin dulu...


ni inti sardin yang dah siap di masak...

lepas tu kita buatkan kulitnya pulak guna roti gardenia jer...

disebabkan kat rumah takde roll untuk melenyek, maka gunakan ajerlah gelas yer hehe...

yang bab menlenyek roti tu Adam kata dia nak tolong...

-- gigih anak bujang melenyek roti --

-- dan inilah sardin roll yang dah siap... letak cantik-cantik dalam bekas, tutup dan letak di peti sejuk --


esok bangun pagi-pagi gorengkan sardin roll untuk anak bujang bawak ke taska...
ha, nanti Adam tunjuk sandwich sardin yang mama buat tawww...
mama pun boleh buat jugak kan Adam hehe...

-- sardin roll yang dah siap digoreng --
"sekarang ni petang-petang ujan macam lapar pulak nak makan sardin roll hehe..."

4 yang komen:

Normi Nieza said...

sdapnya

lovely said...

air tangan mama lagi sedap ye Adam..

Diana Rashid said...

Guna botol je..teringat masa kecik2 dulu orang kampung mana ada penggelek tu..mak sedara guna botol kicap yang dah kosong tu je..Cantik pulak tu bila dalam nya dia bubuh bintang2 dibuat dari kertas...Botol tu la khas untuk buat canai doh kuih raya.heheh

Azhafizah Md Nor said...

tak pernah lagi buat camni..nak try buatlah nanti

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com