Nuffnang Gadget

October 31, 2014

JJCM : Minum Petang Di Umai Cafe Lagi...

ni masa cuti Deepavali haritu...
cuaca yang mula-mula panas lepas tu hujan di tengah hari...

tengah hari tu memang dah plan nak masak jer ...
cuti-cuti ni lepak kat rumah sambil makan-makan memang nikmat lah sangat...


simple menu untuk tengah hari...
kerang rebus + sambal kicap, kangkung goreng belacan dan ikan goreng....
walau pun simple tapi mak buyong makan banyak haha...

kalau perut dah kenyang, mata pun kuyu...
lagi-lagi time hujan-hujan memang la sedap angat tidur...

tetiba en Ajip kejutkan tidur...
sibuk kata mana nak carik minum petang ...
perut dah lapar balik...
aikkkk, tadi bukan baru makan tengah hari ke...

kalau di Putrajaya ni tempat yang ada minum petang macam lempeng ke, cekodok ke...
adalah di Umai Cafe...

terus bersiap-siap nak minum petang pulak...
time tu hujan pun baru teduh...
memang timing cantik sangat lah tu kan...

-- ni menu pilihan Alycia, roti jala --


-- sebelah roti jala tu lempeng pisang... cicah dia siap ada sambal ikan bilis, kari ayan dan gula pasir... Alycia kalau makan lempeng memang suka makan dengan gula pasir jer --

-- ni orang yang sibuk nak ajak minum petang... memula makan lempeng pisang, pastu makan cucur udang --

Kat mana  Umai Cafe ni?

Restoran ni betul-betul tepi tasik kat presint 2, Putrajaya... 
dekat dengan Monumen Alaf Baru... 
kalau siapa tak tau carik lah sign board Monumen Alaf baru, mesti jumpa punya...
"pagi ni opis Alycia buat potluck menu nasi lemak.. Alhamdulilah, syukur dengan rezeki dariNya..."

2 yang komen:

Jazz Lover said...

Lama tak makan kerang. Sedapnya.

Azhafizah Md Nor said...

sedapnya kerang cicah sambal kicap..tambah selera :)

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com