Nuffnang Gadget

October 10, 2014

Perut Mengeras Semasa Hamil...

oh sekarang ni memang perasan sangat, since dah masuk 27 minggu ni kerap sangat baby mengeras dalam perut...
kadang-kadang rasa sesak nafas, lagi-lagi kalau time tengah baring...
tadi saje google sekejap kenapa keadaan macam ni berlaku ketika hamil...

so, ni Alycia kongsikan untuk bakal-bakal ibu ...

Braxton Hicks Contraction : 

Perut mengeras, atau Braxton Hicks Contraction ini adalah perkara biasa yang akan berlaku kepada Ibu Mengandung terutamanya bila usia kandungan masuk ke Trimester ke-3.
Tapi perlu di kenal pasti sama ada contraction biasa atau contraction hendak bersalin.

Berikut antara sebab-sebab perut menegang semasa mengandung :

1. Bayi bergerak dengan aktif
2. Ibu sangat aktif
3. Semasa senaman atau membawa barang berat
4. Perut penuh
5. Mengurut perut
6. Semasa atau selepas hubungan seks
7. Dehidrasi

Cara menangani perut mengeras semasa hamil

1. Tukar aktiviti atau posisi
2. Berehat lebih lama
3. Minum air secukupnya (sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong sehari)
4. Buang air kecil dengan kerap
5. Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan
6. Usap perut perlahan-lahan

Posisi yang betul untuk mengelakkan contraction biasa ini berlaku.





(Sumber : SINI dan SINI)

"Semoga info ini bermanfaat untuk semua... sharing is caring ;) ...."

4 yang komen:

safurara said...

masa preggy mmg x leh tido terlentang,senak perutt wooo~

#JalanJalanKlikIklan

Azhafizah Md Nor said...

belum merasainya lagi..

Najwa Dollah said...

salam saya najwa,
dari shah alam seronok membaca kandungan di blog awak
banyak info yang dapat saya perolehi
insyallah.. jika ada kesempatan singgah la ke blog saya. tq mummyfit and healthy

CT Humairah said...

nevesnyaaa bila baca pengalaman kawan-kawan blogger yang tengah pregnant.. kalau CT pregnent apalah rupa and dugaannya. besar pahala Allah dah janjikan.. seronoknya..

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com