Nuffnang Gadget

November 19, 2014

Formula E Di Putrajaya ...

SEJAK dua bulan lalu, pengunjung-pengunjung ke Putrajaya terasa aneh dengan struktur pembinaan terutama di hadapan Kementerian Kewangan. Sebenarnya, warga pusat pentadbiran negara itu sudah tahu. Struktur binaan tersebut bukan untuk sambutan perayaan tertentu. Tetapi temasya lebih hebat iaitu Perlumbaan kereta Formula Elektrik FIA.

Digelar 2014 FIA Formula E Putrajaya ePrix, acara ini akan berlangsung pada 22 November di jalan-jalan utama Putrajaya berlatar belakang jambatan Sri Wawasan yang cantik, Masjid Putra yang tersergam indah, pejabat Jabatan Perdana Menteri dan bangunan Kementerian Kewangan yang ikonik.

Perlumbaan ini akan meliputi laluan sepanjang 2.56 kilometer telah disusun dengan teliti, dengan mengambil kira persekitaran bandar raya Putrajaya itu sendiri dan komitmen Formula E untuk menyediakan litar lumba yang mencabar kepada pelumba.

(Sumber : SINI)


untuk maklumat lanjut berkenaan Formula E ini, boleh ke :

Facebook


5 yang komen:

Farah Waheda Wahid said...

wahhh menarik ni kak alycia...

Diana Rashid said...

wow..tak pernah tengok lagi prlumbaan macam ni..

adianiez AIDA said...

sabtu la ni kan?
mcm menarik sgt ni :)

Azhafizah Md Nor said...

Aktiviti baru yg menarik ni

Lynn Hamzah said...

x pernah tengok pun live...mahal ke tiket masuk?

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com