Nuffnang Gadget

November 20, 2014

Hari Prestasi Adam...

 rata-rata nampaknya di Facebook atau blog ramai parent yang post pasal Hari Prestasi @ Majlis Graduasi anak-anak...
Mama Alycia pun baru nak update di blog harini...
padahal event dah lama dah sebulan yang lepas...

sebenarnya hari prestasi Adam ni ada beberapa hari terlibat...
tapi mama update jerlah semuanya dalam 1 entry...
senang....

memula dapat SMS dari Teacher Ana maklumkan nak adakan hari prestasi untuk anak-anak TCCP sekali dengan majlis hari lahir anak Teacher Ana...
so, Adam memang dah excited dah nak pergi sebab kata ada birthday party...

majlisnya pukul 4.00 petang, tapi dari pagi dia sibuk cakap bila nak pergi school Adam...
adoiii Adam ni...

-- dah ready nak pergi ke taska untuk ambil report card --

Alhamdulilah, untuk penggal yang ke-3 ni, Teacher Ana kata Adam masih kekalkan pencapaiannya kedudukan no 1 dalam kelas...
so proud of u my son...
tapi cuma 1 ajer Adam ni, dia kalau buat sesuatu gopoh nak siap...
dia nak siap awal dari kawan-kawan yang lain huhu...

-- prestasi Adam untuk semua subjek --

macam yang tak dapat full mark tu bukan sebab Adam tak tau cikgu cakap, tapi sebab Adam gopoh nak cepat siap...

-- ni birthday party anak sulung Teacher Ana... tengok Adam pun siap nyelit kat situ --

2 minggu lepas tu Teacher SMS bagitau suruh siapkan Adam pagi-pagi lawa-lawa siap pakai stokin putih sekali...
sebab ada sesi photoshoot untuk Majlis Graduasi dan penyampaian hadiah ...

time ni memang Adam excited sangat sebab dia kata nak pakai jubah macam mama dan papa pakai ...
Adam dah besar dah, dah boleh kerja jadi bomba hahaha...

parents tak dijemput pun masa majlis ni...
cuma dapat gambar dari Teacher Ana di Facebook ajer...

-- ni gambar Adam dan kawan-kawan yang telah siap ... Adam siap suruh papa dia gantung dekat dalam bilik dia lagi --


-- close up sikit kat gambar Adam... time ni dia cakap Teacher pakaikan ada gincu dengan pakai bedak hahaha --

-- dan penyampaian hadiah... Adam dapat hadiah No 1 dalam kelas ... Alhamdulilah --

bangga tengok budak-budak sekarang kan...
kecik-kecik dah merasa pakai jubah...
kita dulu masa grade baru merasa pakai jubah kan...

walau apa pun, mama dan papa tetap bangga dengan Adam...
tahun depan Adam dah masuk tadika 6 tahun...
mama dan papa sentiasa doakan Adam akan sentiasa berjaya dunia akhirat...


5 yang komen:

Normi Nieza said...

good boy..:)

Adlin Mohamad said...

good boy adam hehehhe jadi abang dan anak yg terbaik yea ..tumpang gembira hehehe

Ann Ishak said...

bagus adam :)

Diana Rashid said...

petang ye..selalunya sekolah buat pagi..buat petang lagi mudah tak kelamkabut..

Azhafizah Md Nor said...

bijaknya adam..tahniah adam..teruskan kecemerlangan.dah besar dah dia kan

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com