Nuffnang Gadget

March 28, 2015

Resepi : Sambal Telor Pecah...

Sebenarnya Alycia malu nak share resepi sebab menu simple-simple je pun. Tapi di sebabkan mak buyong Nadia MamaZN yang request, so ahkak share lah jugak resepi kat sini...

Ok, bahan-bahannya senang sangat. Telor, bawang besar, bawang putih,cili kering dan minyak masak.

Cara-caranya :



Panaskan minyak masak. Kena lebih sikit minyak lebih kurang 1 cawan sebab nanti kita nak goreng telor tu dalam sambal. Bawang besar dan bawang kecik hiris. Nak tumbuk pun bole. Tapi kak Alycia time ni malas, hiris nipis je. Then bila minyak dah panas masukkan bawang hingga kekuningan.



Pastu masukkan cili kering yang telah dimesin. Ni resepi utk 3 biji telor. So Alycia guna 3 sudu besar. Nak lagi pedas bole tambah. Sementara nak tunggu cili garing bolelah masukkan garam dan gula sikit bagi perisa. Kacau-kacau hingga cili garing.



Lepas cili dah garing kena perlahankan api. Kemudian cili tu kaupkan ke tepi sebab time ni kita nak pecahkan telor dan masukkan satu2 dalam kuali. Thats why Alycia kata kena banyak minyak sikit sebab nak masakkan telor. Lepas tu api pelahan sebab tak nak sambal tu hangus. Bole tunggu telor keras sikit bolelah diterbalikkan. Kemudian kacau sikit2 sampai telor masak.



Ok dah siap sambal telor pecah. Ready utk maka dengan nasik panas-panas, makan dengan bubur ke, cicah lempeng atau cekodok ke.



Ni ada sambal tu lebih, Alycia buat lempeng terlebih garing sikit dan makan dengan sambal telor pecah. Yummeh...

Ok, selamat mencuba !

posted from Bloggeroid


3 yang komen:

Nad MamaZN said...

kihkihkih.. tq tq tq.. camtu rupanya..leh try ni nnt :)

adianiez AIDA said...

sedap!

syawalsimpsons said...

adohai sedapnya..sue malam2 rasa tak da rasa nak makan nasi...boleh buat ni, cicah ngan roti canai frozen 1 malaysia atau roti yg banyak en asbeen beli kat umah tu...TQ alycia...teringat dolu kecik2 mak ngan kakak sue suke buat gini...pastu tambah kentang..alamak

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com