Nuffnang Gadget

April 27, 2015

Abang Adam & Genius Aulad...

 Assalammualaikum...

harini nak cerita pasal Abang Adam...
rasanya Alycia tak cerita lagi yang tahun ni Abang Adam dah sekolah di sekolah baru Genius Aulad...
ada banyak sebab tukarkan Abang Adam sekolah...

1. sebab taska lama dia tak ready untuk student 6 tahun...

2. nak biasakan Abang Adam dengan environment baru. yelah, dari kecik sampai 5 tahun dia kat taska lama tu.. dia pun dah biasa dengan kawan-kawan dia dengan cikgu dia... so, bila sekolah baru dia akan dapat kawan-kawan baru dan cikgu baru... sebagai permulaan sebelum masuk ke darjah 1

3. nak tukar suasana pembelajaran sebab di Genius Aulad lebih kepada English medium...

ha tulah antara sebab-sebab Alycia tukarkan Adam ke taska baru...
tapi setengah hari je... lepas tu transit balik ke taska lama dia...

memang masa hari register Abang Adam tu Alycia tak dapat ikut...
masa tu masih dalam pantang...
rasa sedih sangat...
nampak Adam pun macam sedih sebab selama ni semua keperluan sekolah mama yang uruskan...
kali ni dia kena pergi dengan papa ke taska baru dia...
memang perasaan mak-mak macam ni kot...
risau memanjang bila fikir pasal anak-anak...
tapi sebenarnya diaorang ok jer boleh survive bila kita takde kan...

-- ni hari pertama di taska baru... dengan kawan-kawan baru... semua pun macam buat muka takde perasaan nak berkawan haha --

-- siap bole posing sebelum masuk kelas --

dan Alhamdulilah, lepas sebulan masa perjumpaan parents dan teacher, teacher Adam bagi komen positive tentang Adam...
teacher kata Adam berani bertanya...
tak malu...
pastu ada daya kepimpinan yang tinggi...
dan yang paling rasa gembira dia dah bole baca Reading Book sampai Level 3...

Alhamdulilah...

-- masa hari perjumpaan parents dan teacher... dengan geng merayap mak = anty Mona... masa ni baru habis pantang --

lepas tu sempat buat majlis harijadi Adam kat sekolah...
dia nak kek kartun Ninja Turtle...
tak sempat nak tempah pun sebab unplan...
tiba-tiba teacher kata nak buat jamuan kat taska...
terus buat birthday Adam...
beli ajer kek Secret Recipe...
dan wasup papa suruh belikan goodies untuk budak-budak...

-- potong kek dengan kawan-kawan dan teacher --


bukan 3 haritu Adam ada Musolla Trip...
trip melawat ke Masjid Putra, Putajaya...
objektifnya nak bagi pendedahan pada student adab-adab kat masjid...
macam mana nak ambil wuduk, nak solat jemaah ...

-- sembahyang jemaah di Masjid Putra --

pastu baru-baru ni Abang Adam ikut program lawatan ke Animal Farm...
tempat yang dicadangkan oleh pihak taska adalah di Park City Farm, Serdang...

teacher bagitau nanti budak-budak naik bas...
makanan tengah hari diaorang provide sekali...
so, bagi dia pergi sebab nak bagi dia enjoy dengan kawan-kawan...

-- suka sangat tu sampai berimpit-impit duduk dalam bas hehe --

-- sesi bagi kura-kura makan --

-- sesi tangkap ikan --

Alhamdulilah, nampak improvement Adam sejak kat sekolah baru ni...
lagipun sekarang dah 6 tahun...
tak boleh nak main-main jer keje...
tahun depan dah darjah 1...
sekarang budak tadika punya homework pun dah macam kita darjah 3 dulu-dulu punya homework...
so, kena sentiasa belajar dan belajar ye Abang Adam...

"mama dan papa doakan yang terbaik buat abang ..."

3 yang komen:

Normi Nieza said...

good boy.:

Nad MamaZN said...

good boy adam.. pandai sesuaikan diri walau kt tmpt baru. moga trus berjaya ye adam! jadi contoh kt adik aliff :)

Azhafizah Md Nor said...

Bagus Abang Adam ni..berani dan dapat sesuaikan diri tempat baru

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com