Nuffnang Gadget

April 23, 2015

Rambut Gugur Selepas Bersalin...

nak tanya korang..
korang alami tak masalah rambut gugur yang teruk lepas bersalin...
kalau orang tau-tua kata sebab anak dah start menyembur atau main air liur...
betul ke .. apa kaitan air liur dengan rambut...
puas jugak Alycia fikir...
akhirnya tanya jer lah kat en google...

dan baru dapat beberapa info tentang rambut gugur selepas bersalin ni ...

Kebiasaannya lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut dikepala kita tumbuh dan 5 ke 15 peratus didalam keadaan peringkat berehat. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur (kerap kerana bersikat atau ketika anda syampu rambut anda) dan digantikan dengan rambut baru. Purata keguguran bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai rambut sehari.

Ketika mengandung, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan jadi terdapat sedikit sahaja rambut yang berada dalam keadaan berehat dan kurang rambut yang gugur setiap hari. Tetapi selepas bersalin, tahap estrogen akan jatuh dan banyak folik rambut memasuki peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat. Keguguran luarbiasa ini akan berkurangan dan rambut anda akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa diantara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.
(Sumber : SINI)

ohhhh takde kaitan pun dengan air liur bayi ...

-- sian shaye... mama salahkan shaye main air liur sebab tu rambut mama gugur hukhuk --

ok-ok, pasni mama tak salahkan Aliff dah hehe...

4 yang komen:

syawalsimpsons said...

kata org tua2 kan...

Z@i Z@mR33 said...

itu la..lps bsalin rmbut gugur byk sgt smpai xtau nk buat apa dh.asal sikat bkepuk2 rmbut tkumpul.lastly potong rmbut pndek.bl pndek gugur pon x prasan sgt :p

Nad MamaZN said...

mmg slalu kena pas bersalin.. tp tu la, org tua2 kata gitu kan.. ikut je..padahal ksian kt anak, haha! sbb dorg disalahkan hehe

Azhafizah Md Nor said...

baru tahu..hehehe

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com