Nuffnang Gadget

April 21, 2015

Taksiran Cukai Pendapatan 2014...


sudahkah korang jelaskan taksiran cukai pendapatan 2014...
jangan lupa yer tarikh akhir bagi penghantaran borang nayata cukai pendapatan (BNCP) adalah pada 30 April 2014...
jangan buat saat-saat akhir, nanti tak sempat...

Alhamdulilah, Alycia dah selesai dah hantar dan buat bayaran...
tahun lepas dapat lebihan, tapi tahun ni kena bayar pulak huhu...

Taksiran Cukai Pendapatan boleh dibuat melalui online melalui aplikasi e-Filing yang disediakan oleh LHDNM untuk memudahkan pembayar cukai melengkap, mengira dan mengemukakan BNCP secara elektronik.

Aplikasi e-Filing boleh dicapai melalui pautan https://ez.hasil.gov.my/

Alycia pernah share di blog sebelum ni bagaimana cara untuk kita kurangkan cukai pendapatan...

Antara perbelanjaan anda yang boleh mendapat pelepasan cukai ialah:
1. Zakat – Ini adalah kelebihan yang ada pada orang muslim. Anda boleh dapat pelepasan cukai sebanyak jumlah zakat yang ada bayar.

2. Pendidikan Anak – Pelepasan cukai maksimum sehingga RM3,000 sekiranya anda menyimpan melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional ( SSPN) iaitu skim simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi.

3. Bantuan kebajikan – Sumbangan kepada organisasi yang mendapat kelulusan LHDN seperti MERCY dan MAKNA

4. Pembelian buku, journal, majalah – Pelepasan cukai maksimum sehingga RM1,000.

5. Melanjutkan pelajaran postgraduate – Pelepasan cukai maksimum RM5000 setahun. Sila semak syarat-syaratnya di laman web LHDN .

6. Pembelian barangan sukan – Pelepasan cukai maksimum RM300

7. Insuran hayat/takaful keluarga – Pelepasan cukai adalah RM6000 (dikongsi dgn caruman EPF).

8. Bayaran perubatan untuk ibu bapa – Pelepasan cukai maksimum RM5000.

9. Pembelian komputer - Pelepasan cukai RM3000 ( sekali sahaja dalam 3 tahun)

10. Full Medical Check Up. Maksimum RM500 seorang untuk full medical checkup dan RM 5000 untuk penyakit kritikal dan peralatan bantuan asas (basic supporting equipment)

(Sumber di SINI)

Alhamdulilah, sejak mula kena bayar cukai ni Alycia memang dah pastikan gaji dipotong ZAKAT, bil-bil pembelian buku/majalah di simpan dan difailkan, dan ambil plan insurans hayat/takaful untuk keluarga. Sebab perkara-perkara ni akan memberi faedah kepada kita untuk pelepasan cukai.


0 yang komen:

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com