Nuffnang Gadget

May 21, 2015

Aliff Dah Meniarap...


Alhamdulilah, semalam secara rasminya Aliff dah boleh meniarap...
4 bulan 14 hari baru dapat meniarap...
mama pun tak ingat dulu Abang Adam masa berapa bulan dapat meniarap...
tak boleh nak banding-banding kan, sebab setiap perkembangan anak tu lain-lain...
janji dia membesar dengan sihat dan aktif kan...

masa ambik gambar dia semalam meniarap, amboi buat muka eksyen dia...
sekarang ni pantang letak kat bawah asyik nak meniarap...
tido pun nak meniarap...

jom kita check perkembangan bayi di usia 4 bulan...

Apabila bayi anda dibaringkan atas perutnya, dia akan mengangkatkan kepala dan bahunya seberapa tinggi dan menggunakan lengannya untuk mengampu dan menahan. Tekan tubi mininya ini membantu bayi mengukuhkan otot-otot dan dia juga akan mendapat pandangan yang baik tentang perkara-perkara yang sedang berlaku di sekitarnya. 

Dia mungkin juga mengangumkan anda (dan diri sendiri!) dengan berpusing dari baring telungkup kepada telentang, atau sebaliknya. Anda boleh menggalakkan ini melalui mainan: goyang-goyangkan patung mainan di tempat ke mana dia akan pusing untuk menggalakkan dia mencuba lagi. Beri tepukan dan senyuman apabila dia melakukan ini; dia memerlukan sokongan anda sebab perbuatan-perbuatan barunya ini agak menakutkan baginya. 


http://www.babycenter.com.my/a1038322/perkembangan-bayi-anda-pada-usia-4-bulan#ixzz3aju5Q27E
"tak sabar nak tunggu Aliff 6 bulan... boleh makan dah..."

3 yang komen:

Nilam syapina said...

Oloololo shomelnya nak pinjam lah

Nur Raihanah said...

Haishhhh gerammmnyaa comel sungguhhhhh. Nak cubit jaaa pipi diaaa tuu

Azhafizah Md Nor said...

nanti asyik nak meniarap je la dia ni :)

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com