Nuffnang Gadget

May 26, 2015

Dapat Jugak Mangga Harumanis...

Minggu lepas kawan opis ada tanya, sapa nak mangga Harumanis boleh pakat kumpul order ramai-ramai...
sebab dia ada kenalan yang kat Perlis boleh tolong belikan...
amboi, apa lagi...
order jerlah sekilo nak merasa...
sekilo pun RM 25 harga sekarang...

-- ni dia mangga Harumanis... sekilo pun dapat 2 biji je --

mangga Harumanis ni memang terkenal kat negeri Perlis...
walapu harganya mahal, tetap orang rebut-rebut nak belikan...
sebab rasanya yang lain dengan mangga-mangga yang lain...

BUAH harumanis kini tidak perlu lagi diperkenalkan. Isinya yang ranum, manis, berjus dan enak menambat deria rasa setiap yang merasanya.

Terkenal di negeri Perlis, permintaan yang tinggi di seluruh negara menjadikannya sebagai buah eksklusif, yang mesti dibawa pulang sebagai cenderamata sekiranya mengunjungi negeri ini.

Walaupun dijual dengan harga  tinggi, iaitu sekitar RM25 sekilogram, harumanis tetap menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara, malah ia hanya terdapat di Perlis dan dijual pada penghujungApril sehingga akhir Mei setiap tahun.

Menariknya, buah ini bukan sahaja manis tetapi aroma keharumannya akan terasa setiap kali ia dijamah sekali gus menjadikannya lebih istimewa berbanding buah mempelam lain.

(SUMBER : SINI)

-- tadaaaaaaa, bila siap dipotong --

nasiblah kat rumah tu en Ajip dengan Adam tak suka mangga...
jadi mama bolehlah habiskan mangga ni sorang-sorang...
yeahhhh, mama suka ;)
"korang suka tak makan mangga Harumanis..."

7 yang komen:

sue zainun said...

asslmkm..
musim harum manis sekarang ye..sedap betul kalau dpt makan :)

mama tisya said...

yummm harum manis

Normi Nieza said...

alahai sdapnya..bila gamaknya dapat rasa harum manis..:)

Ann Ishak said...

tak merasa lagi tahun ni...kat sapa la nak kirim ni ek :p

syawalsimpsons said...

sue tak penah makan harum manis ni

Azhafizah Md Nor said...

memang sedap dan manis.

adianiez AIDA said...

alhamdulillah, dpt la aida rasa 4-5 keping kat opis ari tu.
jabatan beli and bahagia-bahagian tiap bahagian...
alhamdulillah :)

Copyright © 2011-2016 Reserved to MyAlycia's
Copyright 2007 - 2016 © MyAlycia :: Best viewed in Google Chrome
Design by Azhafizah.Com